Email MEOW Di [email protected]

Aida Aris Dan Husfarid Selamat Diijabkabul

September 5, 2010 by  

Mengambil keberkatan bulan yang suci, Ramadhan, pelakon Aida Aris, 38, selamat diijabkabul dengan suaminya, Husfarid Shaikh Ali @ Shaikh Hussain, 38, di Taman Sierra Ukay, semalam.

Husfarid yang berkhidmat dengan syarikat penerbangan nasional, MAS, telah bertemu Aida Aris pada awal tahun ini. Pertemuan itu telah menimbulkan bibit-bibit cinta antara mereka.

Majlis ijabkabul ini telah dihadiri teman rapat dan sanak saudara kedua-dua belah pihak. Manakala acara pernikahan ini diuruskan oleh Ustaz Daim Jajuli, dari Pejabat Agama Islam Gombak Timur.

Mengenai majlis ijabkabul yang diadakan pada bulan Ramadhan, sesuatu yang agak jarang dilakukan, Aida berkata, dia inginkan supaya lebaran ini disambut bersama suaminya. Tambahan dari itu juga, Aida menerangkan yang mereka telah mendapat kebenaran untuk bernikah pada minggu lepas, dan ianya memungkinkan majlis berkenaan diadakan pada masa yang singkat.

Semoga, gerbang perkahwinan yang ditempuh buat kali kedua bagi mempelai ini akan diberikan kerahmatan juga kekal hingga ke syurga. Tahniah buat Aida Aris juga Husfarid.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!