Email MEOW Di [email protected]

Alanis Morissete Hamil Anak Pertama.

August 12, 2010 by  

“Yes, happy news…i’m pregnant :) we’re so excited to start our family…xo a” itulah ayat melalui pesanan twitter Alanis Morrisete, @morissette, 13 jam lalu, sekaligus mengesahkan yang dia sedang hamil anak pertama, hasil hubungan perkahwinan dengan rapper, Mario ‘Souleye’ Treadway.

Namun, status mengenai bulan kehamilan juga jantina berkaitan kandungannya itu masih belum diperolehi.

Penyanyi kelahiran Kanada itu, telah melangsungkan perkahwinan dengan Souleye pada 22 Mei yang lalu, setelah menjalin ikatan cinta semenjak tahun 1999. Sama juga seperti khabar gembira mengenai kehamilannya, berita perkahwinan tersebut juga diberitahu melalui twitter.

Alanis pada awal tahun ini telah menghasilkan lagu ‘I Remain,’ yang boleh didapati melalui album runut bunyi filem ‘Prince Of Persia: The Sands of Time.’

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!