Almy Nadia Dikatakan Terkena ‘Air Kencing Puntianak’?

by kucingarong on February 22, 2012

Almy Nadia mendakwa dirinya ‘terkena air kencing puntianak’ semasa penggambaran drama Cinta Buat Emelda berlangsung. Almy memberitahu bahawa kejadian nie berlaku sebaik sahaja selesai babak dikafankan dan selepas mencuci solekan pada wajahnya, pelakon itu terkejut wajahnya terus berubah.

Wajah Almy dikatakan menjadi bengkak dan menggerutu secara tiba-tiba semasa beliau mencuci solekan di wajahnya. Lebih kurang macam mayat yang dah lama kot? Walaupun dalam keadaan gelisah, Almy cukup bijak mengambil tindakan berjumpa dengan ustazah untuk meminta pendapat dan motivasi mengenai apa yang berlaku pada diri beliau. 

“Ketika itu saya pun takut nak tengok muka sendiri. Sehinggakan, pengarahnya, Bob Ismail meminta saya berehat selama seminggu dan buat rawatan secara tradisional.

“Selepas itu, saya terus ke Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan dan agak terkejut apabila ustazah yang merawat saya itu memberitahu muka saya terkena “air kencing puntianak”.

“Mungkin ada benda yang saya tersilap kot ketika melakonkan babak tersebut,”  - Almy Nadia

Dalam kekalutan untuk membendung masalah nie, nasib baiklah ada kekasih hati yang cukup mengambil berat si Almy Nadia nie. Fizz Fairuz sering menemani Almy untuk mencari penyelesaian masalah ‘Air Kencing Puntianak’ yang terkena pada diri Almy.

MEOW! Diharap Almy Nadia sihat seperti biasa lepas nie yew!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Anda?

kucingarong

Hi! I suka menulis mengenai hiburan yang berlaku di dalam atau di luar negara. Setiap artikel yang I tulis, mempunyai sumber dan bukannya gosip yang takde bukti yang sahih okay! Daaa...

More Posts - Website - Twitter - Facebook

Kategori: Berita Hiburan Antarabangsa

| 0 komen




Leave a Comment

Previous post:

Next post: