Siapa yang tak sayang anak kan? Amir Ukay’s kehilangan anak lelakinya, Muhammad Imran yang baru berusia 15 tahun disebabkan masalah kompilasi jantung yang dihidapi sejak kecil lagi. Kasihan arwah ‘pergi’ dalam usia yang muda…
Arwah dikatakan meninggal dunia semasa dalam perjalanan menuju ke Hospital Gleneagles, Ampang sekitar jam 7 lebih petang. Amir yang tidak menjangkakan pemergian anaknya itu redha kehendak Illahi dan arwah yang dijaga oleh ibu mertuanya semenjak Amir bercerai dengan isterinya pada tahun 2006.
Semasa arwah menghembus nafas terakhir, bekas isterinya berada di London kerana ada tugas di sana.
“Setiap tiga bulan sekali dia akan menjalani pemeriksaan doktor. Saya dan bekas isteri sentiasa berusaha memberikan yang terbaik buatnya tetapi apakan daya, semuanya bergantung pada kuasa Tuhan,” – Amir Ukay’s
Diharap Amir tabah menghadapi situasi ini dan insyaAllah mungkin ada hikmah di sebalik yang terjadi. Al-Fatihah untuk arwah…
Carian Anda?
- Gambar ukays (2)
- alif anak amir ukays (1)
- anak amir u (1)
- gambar anak ukays (1)
Kategori: Berita Hiburan Antarabangsa
| 0 komen








