Email MEOW Di [email protected]

Anugerah Paling Hip ‘Shout! Awards’ Kini Kembali

August 13, 2010 by  

Acara anugerah paling hangat diperkatakan di dalam industri hiburan tempatan abad ini,   ‘Shout! Award’ kini kembali untuk menghargai dan memberi pengiktirafan kepada bakat dan kreativiti yang telah menggegarkan industri  hiburan sepanjang tahun ini. Sekali lagi, sudah tiba masanya untuk ‘Shout! Awards’ memberikan tumpuan kepada para bintang yang semakin menyinar di persada seni di Malaysia.

Merangkumi sektor muzik, filem, TV dan radio tanahair,  anugerah ini merupakan sebuah rancangan majlis anugerah yang memberi penghargaan dan mengiktiraf kepada mereka yang sentiasa menyumbangkan idea-idea kreatif dan memberi impak besar kepada industri hiburan Malaysia

Ianya juga bertindak sebagai satu platform bagi rakyat Malaysia untuk menyuarakan pendapat mereka tentang apakah yang paling hip dan terhangat dalam industri ini. Tahun ini,  memperkenalkan empat (4) anugerah baru iaitu Anugerah Music Video, Anugerah Breakthrough Local Feature,  Anugerah The Favourite TV Personality dan Anugerah Mobile Artiste Of The Year yang dicetuskan oleh Xpax.

“Industri hiburan tempatan kini semakin berkembang. Stesen radio, televisyen, filem dan muzik telah melalui transformasi untuk selari dengan trend semasa serta mencuba pelbagai kaedah baru,” ujar Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim. Tambah beliau, “Sememangnya dunia 8TV adalah mengenai hiburan, jadi tidak menghairankan apabila kami kembali dengan tahun kedua bagi meneruskan usaha memberi pengiktirafan kepada bakat-bakat dalam seni di Malaysia ke tahap yang lebih tinggi”.

“Kami berbesar hati dapat turut serta dalam majlis yang cukup berprestij ini untuk mengiktiraf  bakat-bakat  kreatif di dalam industri hiburan Malaysia.  Kerjasama  ini cukup  sesuai dengan  produk  kami Xpax yang  menjanjikan  sesuatu  yang  segaryang memenuhi gaya hidup urban.  Kami membawakan apa yang terhangat, paling hip dan paling ‘funky’ dan pada yang sama menawarkan hanya yang terbaik melalui produkkami. 2010 dicetuskan oleh Xpax merupakan platform terbaik untuk mengenengahkan bakat dan kreativiti artis dan celebriti yang banyak menyumbang dalam industri hiburan Malaysia,” ujar Zalman Aefendy Zainal Abidin, Timbalan Pengerusi Kanan Pemasaran, Celcom Axiata Berhad.

Xpax   juga mengambil kesempatan untuk mengumumkan kategori baru iaitu

Anugerah Mobile Artiste of the Year – kategori lagu terbanyak yang dimuat turun.

Anugerah ini mencerminkan komitmen  Xpax  yang hanya membawakan yang terbaik dari industri hiburan tempatan dan antarabangsa sekaligus menjadi membakar semangat kepada bakat-bakat tempatan dan memelihara karya-karya hebat mereka.

Majlis anugerah ini akan berlangsung pada 20 November 2010, di Stadium Putra Bukit Jalil dan dipancarkan khas secara langsung tepat jam 8.30malam, secara eksklusif menerusi saluran hip 8TV.  Kemeriahan dan keghairahan majlis akan dimulakan dengan ketibaan bintang-bintang, selebriti-selebriti dan artis-artis popular dan ternama tanahair dari industri hiburan Malaysia serta mereka-mereka yang terlibat dalam industri hiburan tempatan melalui acara permaidani ungu.

Pada tahun lepas, kita telah menyaksikan kemenangan bintang-bintang hebat seperti Anugerah Power Vocal yang diberi kepada Jaclyn Victor, Flava Award diberi kepada Joe Flizzow dan Bunkface yang membawa pulang  Anugerah Rockstar dan Break Out serta merangkul anugerah utama – The Ultimate yang sekaligus menyemarakkan lagi nama kumpulan anak muda indie ini di persada hiburan tanahair.

Bagi kategori TV & Filem, Anugerah Best On Screen Chemistry diberi kepada Upin & Ipin, Anugerah Breakthrough Film dimenangi oleh Kami, Anugerah Fresh TV Series kepada Ghost, Anugerah Favourite TV Host kepada Naz, dan Field Trip USA pula memenangi  Anugerah Best (Non-Drama) TV Programme.

Untuk bahagian radio, JJ dari Hitz.fm membawa pulang Anugerah Coolest Radio Announcer, sementara FLY FM Pagi Show merangkul Anugerah Favourite Radio Show. Marion Caunter yang jelita memenangi Anugerah Hot Chick, Faizal Tahir membawa pulang Anugerah Hot Guy, sementara Anugerah Stylo diberi kepada Dynas Mokhtar.

Tahun ini   mempersembahkan empat kategori utama dengan 17 anugerah.

KATEGORI MUZIK

Anugerah Rockstar

Anugerah Popstar

Anugerah Power Vocal

Anugerah Flava

Anugerah Break Out

Anugerah Music Video

Anugerah Mobile Artist Of The Year yang dicetuskan oleh  Xpax

KATEGORI TV & FILEM

Anugerah Best On Screen Chemistry

Anugerah Fresh TV Series

Anugerah Breakthrough Local Feature

Anugerah Favourite TV Program

Anugerah Favourite TV Personality

RADIO

Anugerah Coolest Radio Announcer

Anugerah Favourite Radio Show

Anugerah Hot Chick

Anugerah Hot Guy

THE ULTIMATE

Penyertaan dibuka kepada semua stesen TV, Syarikat Rakaman, Rangkaian Radio, dan Syarikat Penerbitan/Produksi drama dan filem.  Semua penyertaan yang dihantar akan dinilai oleh panel juri-juri profesional yang dilantik yang terdiri daripada kalangan pakar, mewakili industri penyiaran, muzik dan filem.

Panel juri ini akan memilih dan menyenarai pendekkan  peserta  Top 5 dalam setiap kategori anugerah.

Apabila calon-calon Top 5 diumumkan kelak, penonton diberi penghargaan untuk memilih calon kegemaran mereka.  Penonton boleh memilih dan mengundi calon kegemaran mereka dengan melayari laman sesawang rasmi     iaitu di www.shoutawards.com.my atau boleh juga melalui SMS.   Proses pemilihan dan undian Top 5 ini akan dibuka selama sebulan.

Bagi menghangatkan lagi demam, beberapa siri jelajah diaturkan di beberapa lokasi terpilih.  Anda akan dihiburkan dengan persembahan dari artis-artis tempatan kesayangan anda dan turut berpeluang memenangi tiket-tiket menyaksikan rancangan anugerah berprestij ini!

‘Shout! Awards dengan  bangganya dibawakan khas secara eksklusif kepada anda oleh penganjur dan  penyiar  utama stesen hip 8TV dan dicetuskan oleh penaja utama Xpax .

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.shoutawards.com.my bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!