Aida Aris Dan Husfarid Selamat Diijabkabul
September 5, 2010 by Azwan Annuar
Filed under Berita Hiburan Tempatan
Mengambil keberkatan bulan yang suci, Ramadhan, pelakon Aida Aris, 38, selamat diijabkabul dengan suaminya, Husfarid Shaikh Ali @ Shaikh Hussain, 38, di Taman Sierra Ukay, semalam. Husfarid yang berkhidmat dengan syarikat penerbangan nasional, MAS, telah bertemu Aida Aris pada awal tahun ini. Pertemuan itu telah menimbulkan bibit-bibit cinta antara mereka. Majlis ijabkabul ini telah dihadiri [...]
Pembetulan: Thomas, Pemain Bass GIGI Tidak Terlibat Kemalangan.
September 4, 2010 by Azwan Annuar
Filed under Berita Hiburan Antarabangsa
Pembetulan. Dari artikel sebelum ini bertajuk “Thomas, Pemain Bass Kumpulan GIGI, Meninggal Dunia” adalah satu kesilapan dari sumber dan penterjemahan maklumat. Kami dari meow.my, memohon maaf di atas kesalahan maklumat yang berlaku. Kejadian kemalangan tersebut, telah meragut nyawa Puput, iaitu kru bass GIGI. Kemalangan itu melibatkan 2 kru yang lain juga seorang pemandu, telah berlaku [...]
Kombo Edisi Khas BIG Cinemas Dalam Mempromosikan Filem ‘ESTET.’
September 3, 2010 by Azwan Annuar
Filed under Berita Hiburan Tempatan
Setelah penantian hampir dua tahun oleh peminat juga pengkritik filem Malaysia, akhirnya, filem arahan Mamat Khalid, ESTET bakal ditayangkan pada 4 November 2010 di 60 panggung seluruh Malaysia. Ini juga menjadi detik permulaan bagi BIG Cinemas Lotus Five Star juga NAGA VXS, apabila menjalin usahasama dalam mempromosikan filem ESTET di kesemua rangkaian di bawah pengurusan [...]
Dengarnya…Ada Dua Pelakon Bermasam Muka…
September 2, 2010 by Azwan Annuar
Filed under Gosip
Meooowww…apa khabar semuanya, lama juga kucing hitam tidak mendengar cerita-cerita baru, sehinggalah semalam. Ada teman baik kucing hitam bercerita mengenai konflik antara dua pelakon yang tidak kurang hebatnya. Bila mendengar kisahnya itu, kucing hitam pun rasa, wajar juga kita berkongsi. Bukan apa, sebenarnya kisah seperti ini, boleh dijadikan pengajaran.
Suria FM Merancakkan Golongan Istimewa Sempena Lebaran.
September 2, 2010 by Azwan Annuar
Filed under Berita Hiburan Tempatan
Kemeriahan Ramadhan pasti tidak akan lengkap tanpa Majlis Berbuka Puasa, khas untuk semua kakitangan Suria FM, para media, pengiklan dan tetamu korporat yang telah banyak membantu serta artis-artis yang banyak menyokong. Baru-baru ini, Suria FM dengan kerjasama Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan diadakan di Grand Hibiscus Ballroom, Level 3 [...]
Asmara; Terjerat Dalam Perjanjian Nyawa.
September 1, 2010 by Azwan Annuar
Filed under Berita Hiburan Tempatan
Terbaru di slot Lestary, TV3 bakal menayangkan sebuah siri drama yang menarik “ASMARA” lakonan Faezah Elai, Shaz Jazle, Faralyna, Nazim Othman, Fiza Elite, Syed Ali, Rahim Jelani, Dian. P Ramlee, Mustapha Kamal dan Fauziah Nawi mulai 31 Ogos 2010, setiap Selasa jam 9.00malam. Drama 13 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Heykal Hanafiah dan [...]
Senario Asam Garam, Cukup Asam Dan Cukup Garam.
September 1, 2010 by Azwan Annuar
Filed under Rebiu
Membuat penonton untuk ketawa, adalah satu perkara cukup sukar, yang hanya mampu dilakukan oleh mereka yang kreatif. Tambahan dari itu, menangani sebuah kumpulan lawak, seperti Senario, pastinya menuntun satu kreativiti yang cukup tinggi, bagi memastikan ianya satu komedi segar yang dapat diterima oleh penonton. Itulah usaha yang berjaya dilakukan oleh Profesor Dr Hatta Azad Khan, [...]
Paramore Mengegarkan Kuala Lumpur, Oktober Ini.
August 30, 2010 by Azwan Annuar
Filed under Berita Hiburan Tempatan
Peminat kumpulan rock dari Amerika Syarikat di Malaysia juga serantau, bakal menyaksikan mereka beraksi di konsert ‘Paramore Live In Kuala Lumpur 2010′ yang diadakan pada 19 Oktober, bertempat di Stadium Nasional, Bukit Jalil. ‘Paramore Live In Kuala Lumpur 2010,’ dibawakan oleh Tune Talk, perkhidmatan talian mudah alih yang paling cepat berkembang di negara ini. Tune [...]
Kontroversi Malaysia & Indonesia: Upin Ipin Jadi Mangsa.
August 30, 2010 by Azwan Annuar
Filed under Berita Hiburan Antarabangsa
Sikap tegas pemerintah Indonesia dalam menyelesaikan isu dengan Malaysia, dilihat semakin kritikal, apabila Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) diminta untuk menghentikan tayangan animasi bersiri Upin Ipin. Tayangan animasi Upin Ipin diminta supaya digantikan dengan sebuah produksi tempatan, Si Unyil. Langkah ini diambil untuk menyedarkan Malaysia mengenai kepentingan negara jiran. Dipetik dari Detikcom, Wakil Ketua DPR, Taufik [...]
Paris Hilton Ditahan Kerana Kokain Di Las Vegas, Malam Tadi.
August 28, 2010 by Azwan Annuar
Filed under Berita Hiburan Antarabangsa
Paris Hilton telah ditahan kerana memiliki dadah jenis kokain setelah anggota polis menahan kereta yang dinaikinya, di Las Vegas, Jumaat malam.

