Azza Elite Kahwin 1 April 2012

by kucingarong on February 16, 2012

Tahniahlah MeOW nak ucapkan kat Azza Elite yang telah merancang untuk menamatkan zaman solonya bersama pilihan hatinya. Bekas penyanyi Kumpulan Elite, Azzarima Zawariatau Azza Elite yang kininya aktif berlakon drama dan filem mengakui bahawa beliau akan melangsungkan Majlis Perkahwinan pada 1 April 2012 nie bersama jejaka pilihannya.

Jejaka pilihan hati Azza, Azlan seorang pramugara syarikat penerbangan Air Asia, jika mengikut pada perancangan yang telah ditetapkan mereka akan bernikah pada tarikh 1 April 2012.  Apa yang menyebabkan Azza Elite bersungguh untuk mengahwini Azlan ini kerana Azlan boleh menerima dengan terbuka anaknya  Marissa Janna, 6 tahun dan diri Azza walaupun bergelar janda. 

“Nikah pada 1 April sementara tarikh untuk majlis bersanding masih belum dapat dipastikan lagi sebab masing-masing agak sibuk.  Kami dahulukan yang wajib,” - Azlan.

Ramai jugak pihak-pihak tertentu ingin menaja perkahwinan Azza dengan Azlan nanti di antaranya asaraya Besar Mydin dan yang lain-lain biarlah rahsia katanya… Diharap majlis perkahwinan mereka ini nanti berjalan dengan lancar yew..

 

MeOW! Ramai artis awal tahun 2012 nie… Musim mengawan kot? Whoooppps!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Anda?

kucingarong

Hi! I suka menulis mengenai hiburan yang berlaku di dalam atau di luar negara. Setiap artikel yang I tulis, mempunyai sumber dan bukannya gosip yang takde bukti yang sahih okay! Daaa...

More Posts - Website - Twitter - Facebook

Kategori: Berita Hiburan Tempatan

| 1 komen




{ 1 comment… read it below or add one }

ArDy Dee March 23, 2012 at 1:51 pm

tahnia azza.sa peminat azza.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: