Email MEOW Di [email protected]

Gambar: Ana Raffali Sah Kahwin Hujung Februari, Tampilkan Dua Lagu Untuk Album Baru

February 1, 2012 by  

Terjawab segala persoalan dalam sidang media ringkas petang tadi tentang gossip perkahwinan Ana Raffali yang berlegar.

Fakta ringkas, Ana Raffali sahkan akan mengahwini kawan karib beliau, Ahmad Aznaim Abdullah yang telah beliau kenali sejak tahun 2005 lagi.

Mereka akan bernikah pada 25 Februari ini Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati & majlis resepsi akan di’adakan di hari yang sama.

Read more

Gossip: Tasha Shilla Meraikan Hari Lahir Di Rootz, Menari Ghairah Tanpa Sedar?

January 26, 2012 by  

Tasha Shilla

Satu hari lagi dalam dunia gossip selebriti tempatan dan kali ini kita ada kisah tentang pelakon yang sedang mencipta nama.

Tengah malam tadi, kami terima beberapa panggilan telefon dari orang awam memaklumkan yang mereka sedang perhatikan dari jauh seorang pelakon bernama Tasha Shilla di salah sebuah pusat hiburan terkenal.

Cerita yang kami terima, Tasha Shilla yang baru pulang dari Perth, Australia ketika itu sedang asyik dengan parti meraikan hari lahir beliau yang ke 25.

Read more

Serina Chef Wan selamat lahirkan anak kedua

January 25, 2012 by  

Serina Redzuawan

Pelakon, Serina Redzuawan selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Isabella kira-kira pukul tiga petang pada Isnin.

Menurut bapanya, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dalam satu entri menerusi Facebook miliknya memberitahu cucu keduanya itu dilahirkan secara normal dengan berat 3.3 kilogram.

“Alhamdulillah Serina telah selamat melahirkan Isabella dan kami sekeluarga sangat gembira dengan kehadirannya.

Read more

Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia

January 20, 2012 by  

Izwan Pilus Meninggal Dunia

Penyanyi Izwan Pilus menghembuskan nafas terakhirnya pukul 6.15 petang tadi di Hospital Ampang. Maklumat tersebut disahkan oleh adiknya Aril sebentar tadi menerusi Twitter. Allahyarham dikatakan meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Penyanyi lagu Kembali Senyum itu lahir pada 24 November 1979. Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di kampung halamannya di Melaka.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Gambar: Ally Iskandar & Farah Lee Bernikah Hari Ini Di Masjid Kristal, Terengganu

January 20, 2012 by  

Ally Iskandar & Farah Lee Bernikah

Hari yang di’nanti kini sudah pun tiba. Pernikahan pasangan yang banyak di’perkatakan ini bakal berlangsung seketika nanti.

Ally Iskandar dan Farah Lee kini berada di Masjid Kristal, Kuala Terengganu untuk majlis akad nikah mereka.

Kami akan cuba update‘kan butir terkini pernikahan mereka yang sememangnya menjadi tumpuan pihak media & peminat hiburan tempatan hari ini.

Read more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...