by Chief Entertainment Officer on September 5, 2011
Dalam manga Naruto keluaran terbaru, Sasuke yang telah mengimplan mata Itachi telah sembuh dan telah mengaktifkan Eternal Mangekyou Sharingan.
Nicolas Mandiola, seorang anak muda yang berasal dari Florida, Amerika Syarikat yang merupakan peminat Naruto adalah seorang penganimasi yang menganimasikan manga Naruto sebagai peminat. Enjoy video animasi pengaktifan Eternal Mangekyou Sharingan Sasuke dari bab terbaru Manga Naruto!
Bagaimana, setandingkah dengan Studio Pierrot? Lawati rangkaian YouTube Nicolas di Smyton4tw di mana dia juga telah menganimasikan versi peminat untuk pergaduhan antara Kakashi dengan Sasuke.
Isu Jun untuk majalah Jump Square terbitan Shueisha mengumumkan projek terbaru anime bagi siri manga/anime popular 90-an, Rurouni Kenshin telah diberi lampu hijau.
Manga original karya Nobuhiro Watsuki tetang seorang Samurai semasa era pemerintahan kerajaan Meiji pada 1994-1999 telah mengispirasikan penerbitan siri animenya yang akan menyambut ulangtahun ke-15 tahun ini.
Buah tangan terbaik dari siri ini sudah tentunya animasi video original (OVA) pertamanya, Samurai X: Trust and Betrayal.
Sekiranya anda adalah seorang pengkarya, lupakan ini adalah anime dan tontonlah Trust and Betrayal. ‘Trust and Betrayal’ sebagai satu jendela pada pengembaraan hidup seorang Samurai bernama Kenshin dalam kenaifan, ironi, cinta, kepahlawanan dan penyesalan, adalah jauh lebih baik dari kebanyakan filem-filem Hollywood tersohor.
Enjoy kredit penutup Rurouni Kenshin untuk musim ke-lima, It’s Gonna Rain dari BONNIE PINK:
MEOW: Tak tahu sudah berapa kali tonton Samurai X: Trust and Betrayal.