Email MEOW Di [email protected]

Shaheizy Sam Mahu Bawa Peminatnya Ke “Dunia” Berbeza

December 7, 2011 by  

Menyaksikan mutu persembahan lakonannya dalam filem terbaru terbitan Grand Brilliance dengan kerjasama Red Films, Songlap cukup mengagumkan. Pelakon Shaheizy Sam berjaya melarikan dirinya dari stereotaip pelakon watak komedi yang kini membuktikan dia seorang pelakon versatil yang mampu menambat emosi penonton dalam sebuah filem bergenre drama.

Menerusi filem arahan gandingan Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak, Sam yang memegang peranan sebagai Am bersama adiknya, Am lakonan Syafie Naswip terjerumus dalam sindiket penjualan bayi. Perbezaan arah tuju hidup kedua beradik ini menyebabkan konflik tercetus yang akhirnya memakan diri mereka.

Menyifatkan pengalaman bekerja di bawah arahan pengarah suami isteri yang pernah mengarahkan filem Kami The Movie itu sebagai satu pengalaman yang berbeza buatnya.
Read more

Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2: Penutup yang cemerlang untuk sebuah siri gemilang

Penafian: Rebiu ini mengandungi spoiler. Baca atas risiko sendiri.

Kita ditinggalkan di filem sebelum ini dengan kesedihan Harry atas kematian Dobby, si Elf bebas yang sanggup melakukan apa saja untuk sahabatnya itu. Dan kalau anda rasa adegan itu emosional, filem terakhir ini mungkin lebih lagi.

Tetapi emosional yang dibangkitkan di sini bukan satu keterpaksaan, naratif filem ini bukan sesuatu yang cuba untuk menimbulkan perasaan sedih pada kamu atas pengorbanan individu-individu yang cuba menyelamatkan dunia magikal ciptaan JK Rowling dalam filem terakhir ini. Kamu tidak diberitahu untuk sedih, tapi kamu akan sedih sendiri. Untuk itu, filem ini berjaya dari segi asas penceritaannya, dengan setia pada penceritaan ‘tunjuk’.

Harry berdepan dengan kemuncak pada perjuangannya pada kali ini, dan semakin ramai orang-orang yang rapat yang menyokongnya terkorban. Harry tidak menunjukkan kesedihannya, tapi kamu dapat mentelah bahawa semua yang berlaku melukakan dia dari dalam.

Terdapat juga sedikit adegan romantis dalam filem kali ini, dan yang paling mengesankan sudah tentu adegan imbas kembali Snape tentang persahabatannya dengan Lily, ibu Harry dan pembabitan guru posyen itu dalam kehidupan Harry untuk memastikan Harry selamat.

Neil Gaiman pernah menyatakan pengalaman membaca buku dan pengalaman filem adaptasi adalah berbeza, kerana membaca buku itu kamu membina dunia kamu sendiri melalui imaginasi kamu, dan filem adaptasi adalah imaginasi pengarahnya, jadi ia kurang perasaan peribadi.

Tapi ini pertama kali MEOW rasa pengalaman membaca buku seolah-olah dihidupkan di hadapan MEOW. Untuk itu pengarah filem ini, David Yates telah berjaya. Kamu dapat merasakan dia seorang ‘peminat’ buku ini melalui garapannya untuk filem terakhir ini.

Ia satu adaptasi cemerlang yang setia pada penceritaan asal, dengan lakonan yang baik dari pelakon-pelakon utama dan sampingannya. Terbukti filem yang baik bukan terlalu bergantung pada imej janaan komputer saja (ehem, Karak).

Jadi yang belum menonton, silakan ke panggung, ini saranan MEOW. Dan untuk yang masih belum membaca atau menonton Harry Potter dari awal hingga akhir, MEOW hanya akan berkata, “kamu tidak tahu apa yang kamu telah ketinggalan”.

Harry Potter and the Deathly Hallows Part II adalah satu campuran plot terhebat, imej-imej yang mempesonakan, aksi tanpa henti, dan lakonan memberangsangkan yang kamu pasti akan pilih jika kamu perlu pilih antara saga ‘budak yang telah hidup’ dengan siri ‘vampire’ yang begemerlapan.

(Walaupun filem ‘vampire yang bergemerlapan’ itu standard yang rendah untuk perbandingan.)

Mungkin melainkan kamu seorang ‘Death Eater’ atau ‘Twitard’.

Gurauan pedas Littlemamadiary kepada drama Nora Elena

July 5, 2011 by  

Sekadar berkongsi entri menarik ini untuk tatapan pembaca MEOW (kebetulan MEOW sukakan parodi dan sarkasme (kalau perkataan ini wujud). Ianya dari sini:
http://littlemamadiary.com/kutukan-pedas-kesudahan-drama-nora-elena-tak-best/

Sebelum cerita Nora Elena ni habis I nak share lah review I pasal drama Nora Elena ni. Ramai sangat kan yang jadi angau nak bersuami atau ber-boy friend lelaki KAYA dan romantik (romantik ke?) macam Seth Tan tu…ewwww!

FAKTA: Nora Elena anti lelaki sejak kena rogol masa umur 15 tahun. Semua lelaki dia benci tahap moyang gaban kecuali ayah, abang dan tunangnya Eid. Pemandu teksi pun pernah dia balik kasut tau…ha..ha

AUTA kot: Kata Nora Elena phobia dengan lelaki tapi macam mana boleh bercinta dan bertunang dengan Eid yang tak romantik sangat dan tak caring hingga Nora Elena kena pergi sendiri fitting baju kahwin. Kalau betul la phobia tak de nya nak dating-dating kan?

CILI SOS kata: Nora Elena ni tak teguh pendirian sebenarnya. Mudah sangat goyah bila disogok bunga ros berkoyan-koyan. Korang jangan jadi macam tu tau.

Jangan duk gaduh suami isteri pulak sebab suami tak pernah bagi bunga ros satu boot kereta. Ingat murah ke bunga ros tu? Daripada suruh suami beli bunga ros baik suruh dia bagi duit tu simpan dalam SSPN anak..he..he

Untuk pengetahuan, kelopak bunga ros boleh je kalau nak makan. Tak beracun kan kelopak bunga ros. Buat ulam ganti petai mesti best kan. Kalau letak dalam bath tub buat mandi bunga buang segala sial lagi best..oppss.

FAKTA: Nora Elena RIMAS dan tak suka ada driver yang menghantar ke mana saja dia nak pergi dan mengambil lepas beres segala urusan.

AUTA kot: Pesal pulak rimas ada driver. Bukannya Nora Elena jenis yang bawak kereta sendiri sebelum ni. Sebelum kahwin asyik naik teksi atau diangkut tunang je ke sana ke mari. Lepas kahwin ada driver naik kereta besar jadi rimas tetiba?

CILI SOS kata: Ada drebar best apa! Tak payah susah payah drive sendiri. Kalau jalam jem boleh tidur, tak best eh?

FAKTA: Seth Tan seorang lelaki dan suami yang romantis, penyabar, penyayang dan segala-galanya lah.. kira macam jejaka idaman Malaya la kot?

AUTA kot: Jangan tertipu dan jatuh cinta pada Seth Tan ni sebab luarannya je nampak macam tu. Maybe sebab dia KAYA dan sedikit hensem so segala gerak-gerinya pada Nora Elena dipandang romantis?

CILI SOS kata: Seth Tan ni lelaki jahat kalau nak tahu.  Dia la yang rogol Nora Elena masa dia balik sekolah 10 tahun dulu tu. OMG!! Seth Tah perogol? Apekah? Seth Tan = setan. Tak caya.. tak caya!!

Erk.. siapa eh pemanggil misteri yang call Eid bagitau Elena bukan dara tu?? Apa tujuan dia?? Tak caya! Tak caya!

FAKTA: Seth Tan ada bilik rahsia yang sesiapa pun tak dibenarkan masuk. Dalam bilik tu ada gambar seorang budak sekolah berpakaian seragam (baju kurung dan bertudung) dan seutas rantai. Bila masuk bilik tu Seth Tan mesti memegang rantai dan termenung macam menyesal.

AUTA kot: Erkk… gambar dan rantai siapakah itu? Ada ke orang buat silap besar pada seseorang dan kemudian menyesal gila hingga buat satu bilik khas bagi mengingati kesilapan besar dia tu? Macam bilik pemujaan pulak gayanya. Ada? Ada? wpml unsure Kutukan Pedas | Kesudahan Drama Nora Elena Tak Best!

CILI SOS kata: Hah tu la dia!! Tunggulah Nora Elena terjah masuk bilik rahsia Seth Tan dan jumpa rantai dia. Seth Tan ni ngok jugak pergi simpan bukti kejahatan dia masa lalu tu apa kes.

So, kesudahan drama Nora Elena ni best ke tak best??

Rasanya ending drama Nora Elena akan jadi tak best bagi pemuja Seth Tan bila rahsia Seth Tan terbongkar. Nora Elena mesti mengamuk sakan dan adakah Seth Tan akan memujuk dengan membelikan Nora sekontena bunga ros? wpml rose Kutukan Pedas | Kesudahan Drama Nora Elena Tak Best!

Lebih parah lagi, seorang kawan MEOW menyamakan peminat drama ‘Nora Elena’ seperti fangirls Twilight.

MEOW: Kawan MEOW hanya bergurau, jangan guillotine kami sudah. :D

KL Gangster: Kisah gengster-gengster yang perlu ubat penenang

June 10, 2011 by  

Penafian: Rebiu ini mengandungi spoiler. Baca atas risiko sendiri.

Biar MEOW nyatakan di sini sebelum ke panggung, jangkaan MEOW adalah sangat rendah.

Berbekalkan pengalaman menonton filem gengster berunsur drama seperti  Godfather, The Untouchables, dan filem Hong Kong seperti Kung Fu Hustle, HK Gangsters, filem Thailand seperti Ong Bak, dan Chocolate yang plot utama membabitkan gengster juga, MEOW rasa boleh memberikan rebiu yang adil untuk filem ini.

Dari segi komersil, MEOW rasa filem ini akan mampu mendapat kutipan jutaan ringgit. Mungkin juga melebihi apa yang didapati oleh filem Khurafat. Filem ini tidak seburuk yang MEOW sangkakan, tetapi ianya tidak juga mempunyai faktor WOW yang menyebabkan ia terpahat dalam ingatan MEOW.

Di sebalik aksi-aksi, plot atau jalan cerita KL Gangster adalah amat ringkas. Ia mengisahkan seorang bekas gengster iaitu Malek lakonan Aaron Aziz yang baru dibebaskan dari penjara. Malek ada reputasi sebagai gengster tersohor dan kumpulan gengster lamanya mahu dia kembali menyertai geng mereka.

Tetapi Malek sudah insaf. Mungkin dia dihantui perasaan bersalah selama lima tahun di penjara, ini tidak ditekankan dalam filem ini. Tidak ada satu poin plot yang signifikan yang menyebabkan perubahan sikap Malek  melainkan dia dipenjara (yang kita tahu selalunya dipenjarakan tidak menginsafkan banduan). Malek dikhianati sehingga memasuki penjara, tetapi perbuatan khianat ini hanya ‘diberitahu’ pada kita, bukan ditunjukkan, jadi impaknya tidak kukuh. Kita tidak dapat menghayati watak ini atau merasakan keikhlasan dalam penyesalannya (sekurang-kurangnya di awal cerita).

Perkara asas dalam penceritaan, untuk apa-apa medium:’tunjuk’, bukan ‘beritahu’.
Read more

KaraK: Treler yang bagus tapi filem yang tidak mencapai jangkaan

May 30, 2011 by  

Penafian: Rebiu ini mengandungi ‘spoiler’. Baca atas risiko sendiri.

Menonton filem ini pada Jumaat lepas, pada awalnya MEOW mempunyai pelbagai jangkaan.  Apatah lagi treler filem ini bagus dan kelihatan akan membawa sesuatu yang baru pada dunia perfileman Malaysia kerana teknik imej janaan komputer (CGI) yang digunakan.

Penonton dihidangkan pada awal filem dengan anekdot legenda urban yang popular bukan saja di negara ini, malah di luar negara (kecuali watak dan situasi yang berbeza, tetapi tetap sama natijahnya, makhluk bersayap membunuh dan memakan sang lelaki yang keluar dari kereta untuk mendapatkan bantuan).

Kita tahu ini hanyalah anekdot, dan ini juga MEOW rasa bahagian yang menarik pada filem ini. CGI yang digunakan untuk menggambarkan makhluk bersayap amat baik dan kita tahu KRU production mempunyai kepakaran dari segi ini.  Namun, segala-galanya mendatar saja dari sini.

Read more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...