Email MEOW Di [email protected]

Cinta Tragis Uda Dan Dara.

July 13, 2010 by  

Cinta antara dua darjat, miskin dan kaya, buruk dan baik, kemuliaan dan kejahatan, adalah antara isi penting dalam realiti hidup manusia. Dari realiti inilah, Sasterawan Negara, Allahyarham Dato Usman Awang telah menzahirkan sebuah karya agung, Uda dan Dara, yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, bermula dari 10 – 20 Julai 2010 dan dibarisi oleh Misha Omar dan Razali Hussain.

Seusai menonton pementasan teater ini, apa yang boleh dikatakan adalah cinta itu cukup tulus dan jika cinta sejati, tidak semestinya berhenti di dunia, bahkan ianya akan dibawa ke akhirat.

Mengangkat sebuah karya agung, bukanlah merupakan sebuah kerja mudah. Namun, ditangan Rahim Razali, Uda dan Dara diangkat cukup moderat dan mampu menyelusuri jiwa penonton.

Jalinan perasaan di antara Misha Omar dan Razali Hussain cukup menjadi. Kala menonton mereka berdua, perasaan itu akan terpaut di sanubari penonton jua. Itulah magis Uda dan Dara di tangan Rahim Razali.

Sebenarnya, apa yang penting dalam sebuah karya agung seperti ini adalah intipati keseluruhan pementasan. Mesej yang ingin disampaikan adalah menunjukkan bahawa harta dan wang ringgit adalah segalanya. Kelihatan seperti menemplak sistem yang sedia ada.

Teater muzikal Uda dan Dara mengisahkan seorang anak tani bernama Uda yang sedang dilamun cinta dengan seorang gadis berada bernama Dara. Berlatar belakangkan suasana hidup di kampung yang aman penuh dengan adat dan budaya Melayu yang santun.

Walau bagaimanapun, suasana alam semesta yang indah dan nyaman bertukar menjadi genting apabila isu darjat, kuasa dan kasta dipersoalkan oleh mereka yang berada, berpangkat dan berdarjat. Huru-hara dan perang berbalas. Semuanya gara-gara cinta murni sepasang kekasih yang tidak direstui oleh sesetengah pihak.

Kesudahannya menyayat hati dan juga membuka mata serta minda penonton mengenai isu adat, kuasa, kasta dan darjat. Adakah isu ini akan berlarutan, atau dapat diselesaikan?

Bagi mereka yang ingin menelusuri kisah cinta ini, jangan lupa untuk menyaksikan, pementasan ‘Uda dan Dara’ yang berlangsung dari 10 – 20 Julai 2010. Tiket-tiket berharga dari RM 35 boleh didapati di kaunter tiket box office Istana Budaya atau hubungi 03 – 4149 8600 atau www.ticket2u.biz.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

2 Responses to “Cinta Tragis Uda Dan Dara.”
  1. velasrizal says:

    misha berlakon? xpenag tgk lagi..

    Sandwich Dalam Tin ?

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!