Email MEOW Di [email protected]

Cuci The Musical Kembali Untuk Musim Ke 2

July 13, 2010 by  

Atas sambutan hebat peminat untuk teater muzikal ‘Cuci’ pada tahun lepas, sekali lagi, Tall Order Production membawakan ‘Cuci The Musical’ untuk musim kedua, dengan jalan cerita, suasana dan aura yang baru, dan barisan pelakon hebat.

Untuk edisi kini, satu kejutan hebat apabila dua artis popular tanahair iaitu Jaclyn Victor dan Nabil Raja Lawak akan muncul untuk membawa satu dimensi baru kepada teater ini. Selain itu, komedi, corak tari, prop juga busana juga mengalami perubahan drastik.

Untuk musim ini, barisan pelakon terdiri daripada, Hans Isaac, Awie, Afdlin Shauki, Vanidah Imran dan pengarah muzik baru, Acis serta Pat Ibrahim menjadi pengarah tari untuk musim ini.

Kejutan juga buat peminat yang ingin menyaksikan teater hebat ini, harga-harga tiket telah dikurangkan sebanyak 30 peratus. Selain dari itu, sebagai satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat, ada sesetengah golongan peminat dpt menyaksikan dengan harga cukup istimewa.

Tiket-tiket boleh didapati bermula hari ini, melalui kaunter tiket box office Istana Budaya atau layari www.ticket2u.biz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!