Email MEOW Di [email protected]

David Teo & Artis MIG Meraikan Anak Yatim.

August 18, 2010 by  


Metrowealth (MIG) di bawah pimpinan David Teo, tidak melupakan tanggungjawab sosial walaupun aktif dalam menerbitkan filem dan drama. Bersempena keberkatan bulan Ramadhan yang mulia, MIG serta 16 artis naungannya, berbuka puasa bersama-sama penghuni Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR) di Subang Jaya.

Hampir 60 penghuni RACTAR berkesempatan berbuka puasa dan menerima duit raya yang disampaikan David Teo dan artis naungan MIG, di antaranya Lisa Surihani, Fizo Omar, Diana Amir, Putri Mardiana dan ramai lagi. Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi penyampaian saguhati, sesi beramah mesra dengan artis dan lain-lain.

Hubungan antara MIG dan RACTAR telah lama terjalin. Lokasi RACTAR yang berhampiran dengan ibu pejabat MIG dilihat sedikit sebanyak dapat membantu MIG menghulurkan bantuan.

Bagi Dr Napsiah, wakil dari RACTAR, mengucapkan terima kasih kerana dapat membantu juga meraikan sambutan Ramadhan juga Syawal bersama penghuni rumah jagaan ini. Ini sedikit sebanyak mengubat kerinduan anak-anak jagaan ini kepada keluarga.

David Teo berkata, “Ini adalah hari yang mulia dan pada sesiapa yang mampu, dapatlah berkongsi bersama insan yang lain.”

Dengan adanya aktiviti seperti ini, ianya mampu mengeratkan hubungan di antara MIG juga masyarakat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!