Dengarnya…Ada Dua Pelakon Bermasam Muka…
September 2, 2010 by admin
Meooowww…apa khabar semuanya, lama juga kucing hitam tidak mendengar cerita-cerita baru, sehinggalah semalam. Ada teman baik kucing hitam bercerita mengenai konflik antara dua pelakon yang tidak kurang hebatnya. Bila mendengar kisahnya itu, kucing hitam pun rasa, wajar juga kita berkongsi. Bukan apa, sebenarnya kisah seperti ini, boleh dijadikan pengajaran.
Kisahnya bermula apabila pelakon A ini telah berkahwin dengan seorang selebriti tanahair yang bukannya dari dunia hiburan. Pelakon B pula, dijangka melangsungkan perkahwinan dengan adik kepada selebriti tersebut dalam tahun hadapan. Kiranya, mereka berdua ini akan menjadi biras tidak lama lagi. Konflik terjadi bila kehadiran pelakon A ini kurang diterima dalam keluarga suaminya, berlainan pula dengan pelakon B. Mungkin disebabkan itu, pelakon A ini berkecil hati dengan pelakon B. Ishh…macam-macam lah yang teman kucing hitam ceritakan. Walaupun apa berlaku sebenarnya, tak perlulah bermasam muka.
Tapi, selain dari itu, yang kucing hitam dengar, pelakon A ni pun boleh tahan juga. Kawan kucing hitam beritahu, pernah keluarga suaminya datang melawat pelakon A di hospital yang pada masa itu, melahirkan cahaya mata pertama, tetapi atas alasan yang tidak ketahui, mereka tidak dapat berjumpa.
Apa yang boleh kucing hitam katakan, walaupun perkahwinan pelakon A ini kurang diterima oleh keluarga suami. Tetapi buat hati seorang ibu, pastinya lama kelamaan akan menerima satu perhubungan yang halal. Tetapi, semua itu, bergantung juga pada perangai serta tingkah laku individu juga. Kalau sampai ingin melawat cucu di hospital juga dihalang, bagaimana perhubungan yang mesra dapat dijalin.
Bagi kucing hitam, berubahlah tingkah laku menjadi lebih baik, nescaya, kita akan disukai oleh keluarga juga masyarakat sekeliling. Yang baik jadikan pengajaran…meooowww…


