DJ Suria Merancakkan Syawal Dengan Album ‘Ceria Raya.’
August 16, 2010 by admin
Bulan Ramadhan dan juga Syawal yang akan menjelang nanti pasti meriah dengan kehadiran album raya yang bertajuk ‘Ceria Raya’ yang akan berada di pasaran sepanjang Ramadhan ini sebuah kompilasi lagu-lagu raya termasuk dua buah lagu baru, nyanyian penyampai Suria FM iaitu ‘Suria Di Pagi Raya’ juga ‘Sebulan Berhari Raya.’
Selain dari dua lagu berkenaan, album ‘Ceria Raya’ memuatkan lagu-lagu malar hijau seperti Balik Kampung, Selamat Hari Raya dan banyak lagi.
Album ini boleh didapati di Tesco Mall terpilih melalui pembelian barangan bernilai RM 50 dan ke atas (pembelian di seluruh penyewa yang ada di Tesco Mall)dan menebus sekeping album ‘Ceria Raya’ pada 28 dan 29 Ogos juga 4 dan 5 September ini. Selain itu orang ramai boleh memiliki album berkenaan melalui peraduan di Suria FM juga krew Suria Wheels yang akan berhenti di beberapa tempat terpilih.
Selain itu, showcase ‘Ceria Raya’ juga akan diadakan di Tesco Mall terpilih, dengan mengundang beberapa artis terkenal tanahair.
Menurut Vivian Yap, Pengurus Tesco Mall berkata, berbangga dengan promosi yang kali pertama diadakan untuk pelanggan. Tambahan dari itu, ini adalah peluang untuk memperkenalkan Tesco Mall yang bersaiz dari 3000 meter persegi ke 20000 meter persegi yang berada di seluruh Malaysia.
Bagi En Subarma Mohtaruddin, Pengarah Strategi dan Latihan Suria FM berkata, album ‘Ceria Raya’ merupakan satu bukti kerjasama yang baik di antara Suria FM, NSR Records juga Tesco (M) Sdn Bhd.


