Email MEOW Di [email protected]

Dulu AMAN, Sekarang Senario Asam Garam.

August 13, 2010 by  

Meowww…kucing hitam masih teringat lagi acara pelancaran filem AMAN, hasil usahasama antara sebuah universiti dan syarikat produksi. Selain itu, filem ini bakal diarah oleh ‘orang lama’ industri perfileman, Prof Hatta Azad Khan. Namun, sekian masa berlalu, projek berkenaan semakin senyap. Katanya ada masalah dengan syarikat produksi berkenaan.

Dalam pada itu, baru-baru ini, ada kawan kucing hitam beritahu yang filem kumpulan lawak Senario terbaru, Asam Garam, adalah sebuah karya genre ‘Komedi Elektronik,’ bila dia sebut sahaja, langsung kucing hitam ingat itulah genre filem AMAN, dahulu.

Bila difikirkan, mungkin dari satu segi, ianya satu rahmat buat peminat filem dari pengarah untuk sitkom ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu,’ setelah sekian lama tidak mengarah sebuah filem komedi. Bagi Prof Hatta sendiri, dengan terhasilnya Senario Asam Garam di bawah arahannya dan diterbitkan oleh MIG pictures, sekurang-kurangnya mampu mengubat rindunya untuk berkarya, selepas AMAN yang sepi.

Dari sumber yang kucing hitam dengar, Senario Asam Garam yang akan ditayang pada sambutan Aidilfitri nanti, menceritakan seorang kanak-kanak yang pintar dalam menghasilkan gajet, lebih kurang sama dengan jalan cerita AMAN.

Cuma yang mungkin berbeza adalah barisan pelakonnya. Jika untuk AMAN dahulu, Eman Manan menjadi teraju utama selain Adibah Noor, Azlee, Lan Pet Pet dan adik Fimie. Senario Asam Garam pula membariskan kumpulan Senario selaku peneraju dan adik Fimie, serta beberapa pelakon popular tanahair.

Kisah ini, bukan kisah idea siapa yang diciplak, kerana waima AMAN mahupun Senario Asam Garam, kedua-duanya hasil karya Prof Hatta sendiri.

Tapi ianya sebuah kisah di mana sebuah impian yang hampir padam, disebabkan masalah yang wujud, namun akhirnya dapat juga direalisasikan. Bagi kucing hitam, ini adalah peluang yang jarang boleh didapati oleh orang lain…Meooowww…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!