Ella Sangat Memilih Protege Untuk Mentor 6

by kucingarong on February 19, 2012

Program realiti TV yang diterbitkan oleh TV3, Mentor 6 ini dalam proses mencari Protege akan diketengahkan bakatnya oleh Mentor masing-masing. Ella yang dipertanggungjawabkan oleh pihak penerbit untuk mencari protege baru untuk beliau menghadapi kesukaran apabila seramai lebih 400 orang menghadiri ujibakat untuk menjadi protege Ella.

Selepas selesai ujibakat yang berakhir lewat 1 pagi tadi, Ella merasa lega kerana selesai melaksanakan pencarian protege yang lebih 400 orang untuk dinilai bakat masing-masing. Menurut Ella, bukan mudah untuk menilai bakat seseorang tambahan lagi dalam 400 orang dalam jangka masa yang terhad.

Ella menegaskan, peserta yang terpilih pada peringkat awal ini akan ditapis semula pada ujibakat sesi yang kedua pula. 

Bayangkan seramai 400 orang ang hadir untuk ujibakat dan hanya seorang sahaja yang layak bergelar protege Mentor 6 di bawah pasukan Ella nanti. Semua yang hadir pula, sudah semestinya mempunyai bakat tersendiri. Mahu pitam kalau dari awal pagi sehingga tengah malam yang berlarutan ke 1 pagi. Hehehe…

MEOW! Jangan risau Ella, MEOW akan sokong Ella di Mentor 6 nanti kalau protege Ella tu berbakat macam Ella jugaklah yew! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Anda?

kucingarong

Hi! I suka menulis mengenai hiburan yang berlaku di dalam atau di luar negara. Setiap artikel yang I tulis, mempunyai sumber dan bukannya gosip yang takde bukti yang sahih okay! Daaa...

More Posts - Website - Twitter - Facebook

Kategori: Berita Hiburan Tempatan

| 0 komen




Leave a Comment

Previous post:

Next post: