Enthiran (Robot) Bukti Kehebatan Filem India

by Chief Entertainment Officer on September 30, 2010

Enthiran merupakan filem sains fiksyen Tamil yang ditulis dan diarahkan oleh S. Shankar. Filem ini menampilkan Rajinikanth and Aishwarya Rai selaku pelakon utama manakala A. R. Rahman menghasilkan muzik latar.

Diterbitkan oleh Kalanidhi Maran, karya ini dikatakan sebagai filem yang paling mahal di Asia, dan juga mendapat kutipan terbesar untuk filem India, di seluruh dunia.

Setelah menjalani pengambaran dan proses produksi selama dua tahun, Enthiran, akan ditayangkan bermula 1 Oktober 2010 di seluruh dunia.

Fakta menarik mengenai Enthiran:

1. Kos penerbitan mencecah 150 Crores.

2. HBO akan mengedarkan di negara barat dengan sarikata bahasa Inggeris.

3. Rajinikanth, S. Shankar juga A. R. Rahman telah ditawarkan terlibat dalam filem ini dahulu manakala pelakon-pelakon lain menyusul dalam tahun berikutnya.

4. Selain Aishwariya, antara barisan nama pelakon yang disebut memegang watak utama adalah Priyanka Chopra, Deepika Padukone, Asin Thottumkal, Trisha Krishnan, Shriya Saran, Priyamani, dan Nayanthara

5. Aishwariya Rai telah mengesahkan untuk berlakon pada Januari 2008 dan menjadi pelakon wanita yang menerima bayaran tertinggi di India dengan bayaran 60 juta Croces.

6. Sujatha Rangarajan yang pada asalnya menjadi penulis skrip untuk filem ini, telah mati ketika proses produksi dan diganti oleh Madhan Karky Vairamuthu.

7. Filem ini disunting oleh Anthony Gonsalves manakala Manish Malhotra and Mary E. Vogt untuk rekabentuk busana.

8. Yuen Woo Ping selaku koordinator aksi lasak dan menjadikan ianya langkah pertama di perfileman India.

9. Stan Winston Studios menghasilkan animatronik untuk Enthiran.

10.Industrial Light & Magic melakukan kerja-kerja kesan khas.

11. Pengambaran bermula pada 15 Februari 2008 di Chennai, India.

12. Antara lokasi pengambaran yang lain adalah di Machu Picchu, Peru. Amerika Syarikat, Brazil dan Sri Sivasubramaniya Nadar College of Engineering and the Vellore Institute of Technology.

13. Runut bunyi dihasilkan oleh A. R. Rahman dan di’release’ bermula 31 Julai 2010, dalam acara di Putrajaya International Convention Centre, Kuala Lumpur.

14. Hakmilik runut bunyi itu dibeli oleh Think Music dengan nilai 70 juta Croces (USD 1.6 juta).

13. Selepas dua hari dilancarkan, album tersebut telah menjadi antara 10 lagu paling popular dunia pada carta iTunes di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Anda?

Chief Entertainment Officer

Maintaining and monitoring staffing, levels, Knowledge-Skills-Attributes (KSA), expectations and motivation to fulfill organizational requirements

More Posts - Website - Twitter - Facebook

Kategori: Berita Hiburan Antarabangsa

| 0 komen




Leave a Comment

Previous post:

Next post: