Filem Suatu Malam Kubur Berasap
November 14, 2011 oleh admin

outLOUD Studios merupakan sebuah syarikat pengiklanan dan studio produksi yang semakin menggilapkan namanya di persada seni.
Pada tahun ini sahaja outLOUD Studios mempertaruhkan dua filem pertamanya iaitu Suatu Malam Kubur Berasap dan Jidin Sengal. Filem Suatu Malam Kubur Berasap arahan Ernie Chen merupakan taruhan pertama dan berharap mendapat kutipan sasaran sebanyak 5 juta.
Chen tidak pernah menyesal untuk mengambil pelakon-pelakon baru dalam filem beliau malah beliau berbangga kerana dapat memberi bintang baru untuk digilap sehingga menjadi terkenal. outLOUD Studios menjadikan Nurul Ain Nordin sebagai batu loncatan untuk dia menjadi seorang pelakon yang terkenal.
“Saya mengambil Nurul Ain Nordin sebagai pelakon baru kami dan saya yakin bakat yang ada dan selain itu juga beliau mempunyai tingkah laku yang baik dan berdisiplin. Saya memberi peluang kepada pelakon-pelakon baru untuk mengetengahkan bakat-bakat yang ada, jikalau tidak siapa lagi yang akan memberi peluang tersebut”, jelas Chen.
Filem ini yang berkisarkan tentang seorang budak lelaki yang lurus bendul bernama Atan tetapi sangat ringan tulang. Kisah bermula pada satu malam apabila Atan (Angah Raja Lawak) bersama tiga orang sahabatnya iaitu Bun (Along Raja Lawak), Pet (Azrul Raja Lawak) dan Mie (Zack X Factor) diganggu oleh roh hantu Cempaka (dilakonkan oleh Nurul Ain Nordin). Roh Cempaka berkeliaran dan menggangu penduduk kampung di atas kematiannya yang tidak diketahui akibat di rogol oleh dua lelaki yang jahat. Filem ini dijangka bakal ditayangkan dan menemui penonton pada hujung tahun ini.
Lagi gambar selepas readmore ![]()
“Filem ini mempunyai unsur yang menyeluruh dimana ia mengambil beberapa elemen seram dari pelbagai negara seperti dari Thailand, Jepun yang tidak hanya pada seram yang berunsurkan melayu semata”, tambah Chen lagi untuk kekuatan filemnya itu.
Harapan beliau pada filem ini adalah untuk mendapatkan kutipan yang disasarkan iaitu 5 juta dan berharap dapat membuat filem sebanyak 100 filem dalam tempoh 10 tahun akan datang. Filem ini mempunyai jalan cerita yang mudah, suka-duka dan mempunyai unsur seram bercorakkan komedi.
*gambar akan di update dlm masa terdekat
























rasa macam nak tengok
AKU BARU LEPAS TENGOK CERITA NI DEKAT JUSCO SEREMBAN 2. APA AKU BOLEH CAKAP, AKU MEMANG MENYESAL TENGOK CERITA NI..TAK BEST LANGSUNG. MENGARUT. NTAH APE2..TAK LAWAK LANGSUNG…TAK SERAM LANGSUNGG..TAKDE LANGSUNG YANG DIKATANYA SERAM KOMEDI..AKU TAKNAK COMPARE DENGAN HANTU KAK LIMAH..TAPI PADA AKU CERITA NI TAK LAYAK MASUK PANGGUNG. ELOK JADI TELE-MOVIE JER..MUNGKIN SEBAB PROMOSI DIA GEMPAK TU PASAL LEH KONFIDEN TARIK ORANG..PERCAYALAH CAKAP AKU..CERITA NI MEMANG TAK BEST..AKU TENGOK DALAM WAYANG TU ADA YANG MAIN2 HP LA, TIDOR PON ADA..ADA 2-3 ORANG YANG KELUAR PANGGUNG TERUS..KECEWA MACAM AKU LA TU..AKU DAH TAHAP BENGANG TU PASAL SEMUA TEMPAT AKU KOMEN..SUPAYA KORANG SEMUA TAK TERTIPU MACAM AKU..BUKAN NAK AJAK BOIKOT TAPI KALO BENDA YANG MELIBATKAN DUIT NI, AKU TAKNAK KORANG KECEWA JUGAK LA..
Sangat tak best filem ni. Baik korang baca dulu review Suatu Malam Kubur Berasap ni di KakiWayang.com