FUNKERFM INTERNET RADIO

PENGENALAN
Funkerfm adalah radio online atau dikenali sebagai internet radio yang di tubuhkan serta dikelolakan oleh anak melayu 100%. Ianya adalah seratus peratus internet radio dan Funkerfm di tubuhkan khas untuk mereka yang gila internet dan sentiasa duduk di depan computer, bak kata bangun pagi internet, tengahari internet, petang internet, malam internet, subuh pun internet, tengah mandi pun internet, makan pun internet, nak tidur pun internet dan serba serbi hanya internet terutama pelajar-pelajar Universiti, Kolej, bekerja di pejabat dan tak lupa juga kepada mereka rakyat Malaysia yg berada di luar Negara.
Walaupun terdapat beratus internet radio di Malaysia yang tumbuh bak cendawan tetapi Funkerfm adalah satu-satunya radio internet di Malaysia yang di daftarkan dengan SSM serta mendapat kebenaran untuk penyiaran dari pihak-pihak yang berkenaan dan semua Hakmilik Funkerfm adalah terpelihara.
Apa maksud Funkerfm?
Funkerfm bermaksud – Fun Ker? Dimana selalu dan biasa digunakan oleh rakyat Malaysia. Ianya digabungkan menjadi FunKer dan Fm untuk dikenali sebagai radio. Maka jadilah Funkerfm dan tagline radio Funkerfm adalah seperti di bawah:
FUNKERFM – Just For Fun, Music Worldwide, Dunia Hiburan Tanpa Sempadan.
Lagu2 yang terdapat di Funkerfm adalah majoritinya lagu2 dari artis2 Malaysia dan juga terdapat lagu2 bahasa inggeris, Hindi, Tamil, Cina serta bahasa2 negara lain seperti Indonesia, Thailand, India, Phillipine dan lain2 negara.
Funkerfm juga ada perbagai-bagai produk, peraduan, hadiah yang menarik untuk diberikan kepada pendengar-pendengar yang bertuah terutamanya pendengar2 yang mendaftar sebagai FUNKERIAN.
Pendengar yg mendaftar sebagai funkerian akan mendapat FUNKERIAN ID atau di kenali FID NO.
Funkerian yang mempunyai FID NO. Melayakkan mereka untuk meminta lagu2 untuk diputarkan serta ucapan dan dedikasi kepada sesiapa yg mereka inginkan dan juga melayakkan mereka untuk menyertai peraduan2 yg di adakan dari masa ke semasa dengan menggunakan sistem SMS.
Funkerfm juga akan mengucapkan selamat hari lahir kepada setiap ahli Funkerian yg berdaftar.
Laman web rasmi kami adalah di www.funker.fm dan kami juga berada di laman web facebook di www.facebook.com/funkerfm untuk para peminat.
Insyaallah, jika ada rezeki, Satu hari nanti, Funkerfm akan pergi lebih jauh dengan menaik taraf sebagai radio frekuensi .


24 jam ke stesyen nih…will bookmark this stesyen. thanks for info.