Gambar Suami Syella Yang Sebenar !

by Chief Entertainment Officer on December 4, 2011

KUALA LUMPUR – Sebelum ini, ramai yang tertanya-tanya mengenai identiti suami kepada artis Syella Kamaruddin sehingga ada dakwaan yang menyatakan bahawa suaminya itu adalah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Sebagai contoh, sebuah laman blog politik pro-pembangkang menimbulkan spekulasi liar dengan mengucapkan ‘Selamat Pengantin Baru’ kepada bekas Ketua Polis Negara itu dengan merujuk kepada gambar perkahwinan Syella di mana gambar pengantin lelaki telah dikaburkan.

“Aku sekadar nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU untuk ex IGP aka bekas KPN…tak boleh ke?,” kata blogger tersebut di laman blognya, abushahid.wordpress.com.

Merujuk kepada kenyataan blogger tersebut, jelas sekali dia mengucapkan ‘Selamat Pengantin Baru’ kepada Musa dengan merujuk kepada kata ganti nama ‘ex IGP aka bekas KPN’ dan bertanya apakah salah untuknya mengucapkan begitu.

Selain itu, blogger tersebut turut menyiarkan gambar perkahwinan Syella dan pasangannya yang sedang memotong kek perkahwinan mereka dan ia dipercayai disiarkan untuk membuktikan tidak salah baginya mengucapkan ucapan tersebut kepada ‘Musa’.

Syella Kamaruddin sebelum ini telah menafikan dakwaan berkahwin dengan bekas Ketua Polis Negara itu dan begitu juga dengan Musa yang menafikan fitnah rambang berkenaan.

“Suami saya bukan VVIP seperti yang hangat diperkatakan dalam Internet. Suami saya orang biasa dan VVIP dimaksudkan itu tiada kena mengena langsung dengan perkahwinan saya.

“Biarlah ia menjadi rahsia,” kata Syella kepada akhbar online, Hmetro.com.my baru-baru ini.

“Itu bukan saya. Saya tidak terlibat dalam perkahwinan itu dan untuk makluman semua, saya masih mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Puan Sri Juriah Ahmad. Janganlah ada yang cuba hendak fitnah saya.

“Jika betullah, majlis itu menelan belanja RM15 juta, saya pun hendak punya wang sebanyak itu. Cuma saya kasihan dengan pasangan pengantin itu (Syella dan suaminya) kerana mereka yang berkahwin, saya pula yang dapat nama,” kata Musa baru-baru ini kepada media.

Meskipun begitu, Syella masih menyembunyikan identiti sebenar suaminya, manakala Musa yang pernah menjadi Pegawai Penyiasat kes liwat I Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga tidak menunjukkan sebarang bukti berhubung penafian tersebut.

Bagaimanapun, sebuah blog hiburan terkenal, Beautifulnara.com yang mula-mula menyiarkan gambar perkahwinan Syella dengan wajah suaminya dikaburkan telah mendedahkan wajah dan identiti lelaki misteri yang menghabiskan sekitar RM15 juta untuk perkahwinan kontroversi itu.

Dengan pembuktian oleh Abang Nara tersebut, maka ia menamatkan sebarang spekulasi atau fitnah yang cuba dilemparkan kepada seorang bekas Ketua Polis Negara yang terkenal dengan ketegasan dan ‘no nonsense’ itu.

Selain itu, jelaslah adalah salah bagi blogger tersebut untuk mengucapkan ‘Selamat Pengantin Baru’ kepada Musa memandangkan bekas Ketua Polis Negara itu sudah lama berkahwin dan tidak pula berkahwin baru-baru ini sebagaimana yang didakwa pada 25 November lalu.

Meskipun menyedari kesilapan spekulasinya, pemilik blog tersebut hanya berterima kasih saja pada penjelasan Musa namun tidak pula merasa bersalah dengan tindakan mengucapkan ‘Selamat Pengantin Baru’ walaupun hanya dengan satu perkataan iaitu ‘maaf’.

Diharap dengan tersiarnya gambar dan identiti sebenar suami Syella di blog Beautifulnara.com akan menamatkan spekulasi yang tidak sewajarnya dilemparkan kepada mana-mana pihak sekali pun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Anda?

Chief Entertainment Officer

Maintaining and monitoring staffing, levels, Knowledge-Skills-Attributes (KSA), expectations and motivation to fulfill organizational requirements

More Posts - Website - Twitter - Facebook

Kategori: Berita Hiburan Tempatan

| 0 komen




Leave a Comment

Previous post:

Next post: