Gambar Terbaru, Ruby, Isteri Lan Pet Pet?
August 17, 2010 by admin
Dalam Ramadhan ini, banyak majlis berbuka puasa melibatkan artis telah diadakan di sekitar Kuala Lumpur. Dalam kesempatan tersebut, Lan Pet pet juga isterinya, Ruby, juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama meraikan kemeriahan bulan yang mulia ini. Walaupun sukar untuk mendapatkan gambar pasangan bahagia ini bersama-sama, sekurang-kurangnya ada juga gambar terbaru isterinya yang cukup jelita ini.
Dalam majlis yang diadakan untuk meraikan anak-anak yatim di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Lan telah hadir bersama Ruby. Namun disebabkan kesuntukkan masa, Lan tidak dapat ditemuramah untuk mengetahui perkembangan terbaru menyambut Ramadhan bersama orang tersayang, buat kali pertama.
Tambahan dari itu, 20 Ogos ini, genaplah setahun ikatan perkahwinan di antara Mazlan Ahmad dengan Rubytah Abu Bakar @ Che Wan. Moga dengan sambutan ulangtahun perkahwinan di dalam bulan mulia ini, akan menambah keberkatan dan keharmonian yang berpanjangan dan akan dikurniakan cahaya mata yang soleh.



agar berkekalan hingga hujung nyawa..
cantik nye isteri lan ni… semoge bahagia selalu…