Hidup Sihat Gaya Amy Mastura
Menjadi seorang selebriti, bukan alasan untuk mengabaikan kesihatan. Ini kerana, kesihatan dan kerjaya itu sama pentingnya, Justeru, penyanyi kecil molek, Amy Mastura, tidak pernah berkompromi dalam hal tersebut. Atas sebab itu, Amy kini telah dilantik menjadi duta bagi produk kesihatan Takasima.
Menurut Encik Jimmy Lin Cheng Huat, Ketua Pegawai Eksekutif Takasima Health-Mart Sdn Bhd berkata, “Amy Mastura adalah antara penyanyi yang popular di kalangan pendengar Melayu, bukan sahaja di Malaysia, tetapi SIngapura dan Indonesia. Kumpulan peminat yang ramai ini memungkinkan kami mempercayai kredibiliti beliau dalam memperkenalkan produk Takasima,” katanya kala ditanya mengenai pemilihan Amy Mastura.
“Selain itu, kami mendapati beliau juga sudah menjangkau pertengahan umur, dengan dua orang cahay mata, tetapi masih mampu mengekalkan bentuk badan menarik. Oleh demikian, kami amat mengalakkan orang awam untuk menjalani latihan kecergasan untuk sihat selalu. Selain itu, kesihatan adalah perkara penting dalam sesuatu budaya, dan kami melihat Amy Mastura mempraktikannya,” tambah Jimmy lagi.
Bagi penyanyi yang cukup dikenali dengan lagu ‘Sha Na Na’ ini, dia sendiri mengakui bahawa produk Takasima menjadi pilihan baginya, yang sentiasa mengamalkan cara hidup sihat. “Jenama Takasima itu sendiri ialah satu jenama yang cukup sinonim dengan kesihatan. Tambahan dari itu, produk ini boleh didapati di mana-mana,” kata Amy membuka bicara.
Dalam majlis pelancaran yang diadakan di Pulau Pinang itu, Amy diminta mengulas perlantikannya menjadi duta produk Takasima dan diminta memberi komen atas jenama itu juga. “Jenama ini (Takasima) sudah cukup dikenali di pasaran. Dengan pemasaran yang betul, ianya mampu berkembang dengan lebih luas. Selain itu, objektif mereka dalam membantu dan mewujudkan masyarakat sihat, adalah sesuatu yang baik.”
“Saya amat yakin, badan yang cergas akan mewujudkan minda yang cerdas, dan itulah yang dipraktik oleh saya selama ini,” tambah Amy pula.
Takasima menyediakan kepelbagaian produk kesihatan yang sesuai untuk semua peringkat umur dan tahap kesihatan juga kecergasan. Dengan kepelbagaian produk ini, Amy ditanya, produk yang telah ‘menawan’ hatinya untuk menjadi lebih cergas.
“Takasima F1 Racing Motorized Treadmill, itu yang menjadi pilihan saya,” jawab Amy dengan wajah cukup ceria. Tambah Amy lagi, “Produk tersebut cukup unik dan saya mempercayainya. Ianya juga merupakan produk paling inovatif dalam siri F1 yang mereka keluarkan. Selain itu, kombinasi warnanya juga cukup menarik.”
“Mesin ‘treadmill’ tersebut cukup mesra pengguna. Dengan butang yang mudah dalam memilih latihan kecergasan yang diperlukan. Ciri utama yang paling saya minati ialah, ianya boleh dilipat dan menjimatkan ruang penyimpanan,” terang Amy secara terperinci lagi.
Pada majlis berkenaan, Encik Jimmy juga ditanya, apa yang diharapkan dari Amy Mastura setelah menjadi duta bagi produk tersebut. Jelasnya, “Beliau mewakili artis yang malar hijau, selain memastikan tahap kecergasan yang tinggi serta mengamalkan gaya hidup sihat, bagi memastikan bentuk fizikalnya sentiasa muda. Dengan persona dan karismanya, lebih menonjolkan produk ini. Selain itu, popularity Amy Mastura di dalam juga di luar negeri, adalah factor mendorong pemilihan tersebut. Dengan itu, kami yakin, beliau akan membantu kami menembusi pasaran dengan lebih jauh.”



mmg sesuai. amy umur da agak tua kot. tp badan still mantain