Hubungan Betty Benafe & Kerabat Di Raja Timur Tengah Putus.
July 13, 2010 by admin
Sebelum ini, kisah cinta penyanyi juga pelakon, Betty Benafe, dengan seorang kerabat di raja dari negara timur tengah dikatakan hanya menunggu masa untuk diumumkan. Namun, sekian lama menantikan perkhabaran atau pengumuman ikatan pertunangan antara mereka berdua, hanya tinggal sepi.
Bila ditanya dengan Betty Benafe sendiri, dia mengakui bahawa mereka sudah tidak mempunyai apa-apa perhubungan lagi.
Ini menurutnya, impian untuk mendirikan rumah tangga bersama temannya itu tidak kesampaian disebabkan beberapa faktor, antara yang paling utama ialah, dia tidak akan menjadi isteri pertama.
“Ialah, kalau berkahwin pun, saya tidak akan menjadi isteri pertama. Dia sendiri pun, sudah mempunyai isteri. Selain itu, dengan masing-masing mempunyai taraf berlainan, menambahkan lagi kesukaran untuk kami bersatu,” ujar Betty. Dia juga mengakui yang temannya berketurunan Arab itu tidak mampu memberikan apa yang dikehendakinya.
Bila ditanya apa yang paling penting buat Betty, jawabnya, “Hati. Ianya akan hidup selama-lamanya,” tambahnya, “Saya memerlukan seorang yang mampu menyakini hati saya untuk hidup bersamanya.”
Selain itu, ada khabar angin yang menyatakan Betty sudah mempunyai teman baru, lantas dia menjawab, “No komen.”



dengan nash ke dengan kerabat tu sebenarnya???
skandal trbaru ke?ishk2