Email MEOW Di [email protected]

“I’m Not Gay,” Kata Halim Othman.

August 17, 2010 by  

Itulah kenyataan Halim apabila ditanya jika stigma masyarakat mengenai lelaki yang lambat berkahwin seperti dirinya. Bagi bekas pengacara Roda Impian itu, katanya, dia telah melihat bagaimana teman-teman lain yang menempuh gerbang perkahwinan pada usia muda dan akhirnya berlaku masalah seperti penceraian. Selain itu, katanya, bila menanti sesuatu cukup lama, ianya memberi kepuasan berbeza, ujarnya ketika ditemui di majlis pelancaran album ‘Ceria raya,’ di Bandar Utama semalam.

Dalam pada itu, Halim juga diajukan mengenai kenyataannya sebelum ini yang akan mengakhiri dunia solonya pada Jun 2010 yang lalu. Kata Halim, “Tahun ini saya kembali ke radio (Suria FM) jadi memerlukan komitmen dalam menjayakan apa yang saya lakukan.”

“Tahun ini juga, merupakan tahun terakhir saya beraya solo, kerana akan menamatkan zaman bujang pada tahun depan (sebelum raya),” tambah Halim, memberikan satu kenyataan mengenai statusnya pada tahun depan. Baginya, tiada tarikh yang ditetapkan pada tahun depan, untuk majlis perkahwinan, tetapi dia berjanji akan pulang beraya di kampung bersama teman sejiwanya.

Kala diajukan siapakah calon isterinya, samada yang pernah diberitahu dulu, atau calon yang lain, Halim menjawab, “Calonnya ada di dalam hati, dan adalah rahsia.”

Namun dicelah temuramah itu, Halim mengakui yang majlis perkahwinannya itu akan diadakan mengikut istiadat Melayu Terengganu dan sekaligus membayangkan siapa calon isterinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!