Email MEOW Di [email protected]

Jamal Abdillah Kecil Hati

July 30, 2010 by  

Jamal Abdillah Berkecil Hati.

Penyanyi yang popular dengan lagu Azura, baru-baru ini berkecil hati dengan apa yang terjadi kepadanya.

Apa yang berlaku adalah, satu khabar angin mengatakan dia tidak membayar perkhidmatan profesional agensi perhubungan awam dengan kadar yang telah dipersetujui bersama.

Kata Jamal, masalah itu timbul apabila dia menggunakan perkhidmatan agensi terbabit untuk menghasilkan kertas cadangan untuk konsertnya yang akan datang pada Januari 2011 di Istana Budaya.

Setelah kertas cadangan itu siap, Jamal tidak berpuas hati dengan bayaran diminta. Menurut Jamal, maklumat seperti gambar dan lain-lain, yang ada di dalam kertas kerja berkenaan boleh didapati secara terus dari Istana Budaya. Tambahnya lagi, dia sendiri mampu melakukan apa yang telah dihasilkan oleh agensi berkenaan.

Atas sebab itu, dia ditanya, adakah sudah melunaskan pembayaran kepada individu berkenaan, jawabnya, “Saya sudah membuat pembayaran sebanyak RM 500, iaitu 30 peratus dari pembayaran sepenuhnya.”

Kala ditanya, jika benar dia mampu untuk menghasilkan kertas kerja berkenaan, kenapa masih mengupah agensi berkenaan, terang Jamal pula, “Saya memberi peluang kepada beliau kerana kagum kepadanya.”

Jamal yang ditemui selepas membuat persembahan di Konsert Kemuncak Suria FM di Putarajaya, mengakui dia berkecil hati dengan apa yang terjadi. Selain itu, dia juga turut akui, perkara tersebut sedikit sebanyak menjejaskan imejnya.

Arakian itu, dia ditanya apa tindakan yang akan diambil, balasnya, “Saya meminta beliau meminta maaf secara terbuka.”

Untuk makluman, DVD Konsert Kembara Seniman telah berada di pasaran dan Jamal Abdillah sedang merangka konsert di Istana Budaya pada Januari 2011.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

One Response to “Jamal Abdillah Kecil Hati”
  1. ponda_malam says:

    siapakah “beliau”..

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!