Email MEOW Di [email protected]

Jurutera Bunyi Stesen Radio Halau Pelanggan?

July 15, 2010 by  

Meowww…Semenjak beberapa ketika ini, banyak perkara yang kucing hitam dengar dari merata stesen radio yang kucing hitam selalu pasang. Kucing hitam suka dengar radio, tambah-tambah yang tidak berapa banyak iklannya.

Paling mutakhir, kisahnya bila ada seorang jurutera bunyi dari sebuah stesen radio yang semakin digemari setiap hari ini. Masalah utamanya, bukanlah sebab bunyi yang dihasilkan tidak sedap, tapi yang kucing hitam tahu, perangai dia yang tidak berapa sedap didengar.

Yang paling teruk kucing hitam dengar, dia ini pandai memarahi dan menyuruh pelanggan yang datang ke stesen berkenaan untuk balik dan membetulkan perkara yang dia tidak puas hati. Hai, macam-macam. Biasanya, apa yang kucing hitam tahu, pelanggan itu sentiasa betul. Rasanya pekerja restoran mamak pun faham. Mungkin pelanggan tersebut inginkan yang terbaik, dan dia fikir apa dilakukannya itu sudah bagus, dan sebagai pekerja yang bekerja untuk pelanggan, ikutkan sahaja lah. Juga harus diingat, tanpa pelanggan, tiadalah gaji setiap bulan.

Bagi kucing hitam, sifat suka marah kepada orang lain, tidak molek sangat. Ada kawan kucing hitam kata, keadaan manusia paling teruk, adalah ketika dia sedang marah. Betul ke? Meowww…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

One Response to “Jurutera Bunyi Stesen Radio Halau Pelanggan?”
  1. Kie-yu says:

    dunia..dunia..
    mcm2 sudah jd
    hee :)

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!