Email MEOW Di [email protected]

Kombo Edisi Khas BIG Cinemas Dalam Mempromosikan Filem ‘ESTET.’

September 3, 2010 by  

Setelah penantian hampir dua tahun oleh peminat juga pengkritik filem Malaysia, akhirnya, filem arahan Mamat Khalid, ESTET bakal ditayangkan pada 4 November 2010 di 60 panggung seluruh Malaysia.

Ini juga menjadi detik permulaan bagi BIG Cinemas Lotus Five Star juga NAGA VXS, apabila menjalin usahasama dalam mempromosikan filem ESTET di kesemua rangkaian di bawah pengurusan langsung BIG Cinemas Lotus Five Star seluruh Malaysia.

Dengan kehadiran BIG Cinemas Lotus Five Star di 5 buah negeri, Kuala Lumpur & Selangor, Perak, Pahang, Kedah, Pulau Pinang dan Johor, membolehkan pihak BIG Cinemas Lotus Five Star memperkenal kombo edisi khas ESTET yang boleh didapati dengan harga RM 32.90 (harga asal RM 59.90) di kaunter tiket pawagam bermula 8 September 2010.

“Usahasama ini merupakan satu sinergi hebat di antara dua organisasi yang saling memerlukan. Ianya memberikan kami ruang promosi menyeluruh untuk filem ini. Tambahan dengan kombo edisi khas ESTET, memberikan peluang kepada peminat-peminat untuk memiliki sebahagian dari nilai sejarah ESTET,” ujar Norhazifa Mohamed, penerbit ESTET juga pengarah NAGA VXS Sdn Bhd.

“Kehadiran pihak media dalam membantu menyebarluaskan maklumat mengenai usahasama ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih,” tambah Norhazifa lagi.

“Kami melihat ini sebagai satu usaha dalam membantu mempromosikan ESTET sebagai filem yang mengetengahkan konsep 1Malaysia,” menurut jurucakap BIG Cinemas Lotus Five Star.

Jelasnya lagi, karya ini cukup unik dan penuh dengan nilai budaya masyarakat Malaysia yang hidup dengan harmon, juga mengambarkan satu fenomena yang dapat dirasai di BIG Cinemas Lotus Five Star.

Set kombo filem ESTET ini boleh didapati secara eksklusif di pawagam yang mengambil bahagian. Setiap kombo mengandungi satu (1) runut bunyi ESTET, satu (1) 32oz minuman PEPSI, satu (1) 64oz bertih jagung dan dua (2) pas musim ESTET. Kombo ini dalam jumlah yang terhad, oleh itu, bagi peminat ESTET, Mamat Khalid, Farid Kamil juga Jasmine Micheal, diharap dapat merebut peluang yang cukup istimewa ini.

Dengan majlis hari ini, menandakan bermulanya promosi untuk filem ESTET yang dibintangi Farid Kamil, Jamine Micheal, Shashi Tharan, Siti Fazurina, Dato’ David Arumugam, Rosyam Nor dan ramai lagi, akan ditayangkan pada 4 November nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!