Email MEOW Di [email protected]

Konflik Malaysia & Indonesia: Konsert Sheila Majid Ditunda.

September 9, 2010 by  

Selepas cadangan supaya tidak menyiarkan siri animasi Upin Ipin di Indonesia, kini, konsert sempena penglibatan 25 tahun, Sheila Majid dalam bidang seni yang dijadualkan pada 23 September, terpaksa ditunda pada 15 Februari 2011. Penundaan ini ada hubungan kaitnya dengan masalah hubungan bilateral antara Malaysia dan Indonesia.

Menurut Andi Soekasah, penganjur dari TIS Communication, penjadualan semula konsert Sheila Majid terpaksa dilakukan bagi mengelak hal-hal yang tidak dijangka.

“Disebabkan ketegangan yang berlaku di antara dua negara, ianya wajar untuk mengelak perkara yang tidak diingati.

Tambah Andi lagi, “Penganjuran konsert tersebut pada Februari pula, simbolik kepada bulan kasih sayang. Bukan saja mengenai cinta dan perhubungan individu tetapi jalinan antara dua buah negara.”

Diolah Dari DetikCom

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

One Response to “Konflik Malaysia & Indonesia: Konsert Sheila Majid Ditunda.”
  1. leila says:

    Yang benar-benar terlalu buruk. Saya berharap semua orang boleh bergaul

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!