Kontroversi Malaysia & Indonesia: Upin Ipin Jadi Mangsa.
August 30, 2010 by admin
Sikap tegas pemerintah Indonesia dalam menyelesaikan isu dengan Malaysia, dilihat semakin kritikal, apabila Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) diminta untuk menghentikan tayangan animasi bersiri Upin Ipin.
Tayangan animasi Upin Ipin diminta supaya digantikan dengan sebuah produksi tempatan, Si Unyil. Langkah ini diambil untuk menyedarkan Malaysia mengenai kepentingan negara jiran.
Dipetik dari Detikcom, Wakil Ketua DPR, Taufik Kurniawan berkata, “Tentulah paling tidak, pemerintah Indonesia mencuba gertakan diplomasi yang mudah seperti menghalang tayangan Upin Ipin yang dihasilkan di Malaysia.”
Taufik juga berkata, animasi Upin Ipin, mengambarkan industri Malaysia. Dengan melarang stesen TV menayang animasi berkenaan, dia percaya kerajaan Malaysia akan memahami nilai semangat Indonesia dalam menjaga kedaulatannya.
“Stesen TV yang menayangkan siri animasi Upin Ipin harus mengantikan dengan tayangan siri Si Unyil untuk menunjukkan semangat kebangsaan,” tambahnya.
Walau sekecil manapun usaha diplomasi ini, kata Taufik, akan menyentuh Malaysia. Tambahan, Malaysia sedang marah dengan demonstrasi yang dicemari kejadian tidak diingini di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia.
“Melihat tindakbalas dari Perdana Menteri Malaysia yang kelihatan tidak mahu mengalah, Pemerintah Indonesia perlu serius melancarkan tindakan diplomasi. Ini disebabkan Malaysia sangat serius terhadap persoalan sempadan antara dua negara. Dengan cara ini, dilihat sedikit sebanyak mampu menjernihkan suasana tegang itu.
Diolah Dari Detikcom.



macam tu kite jangan tayang kan langsung cerita indonesia ..jelik jek aku tengok..jalan cerita same jek..mcm xde idea
Se7,upin ipin sj tu?nsb bek msia msi ada tolak ansur g..lau ,bek pyh tayangkn lgsg drama indon kat m,sia ni.bekukn music dr indon jgn tembusi pasan m’sia.dorg xfkr ka.yg dorg tau asyk bt demo la mengamuk2la..tnjuk perasaan la.npa drg ni x da terapkn budaya berbudi bhsa ke..xtaula……