Email MEOW Di [email protected]

Mantra Serunya Pengabdian Syaitan.

July 13, 2010 by  


Bila memperkatakan mengenai masyarakat Melayu dahulu, tangkal, bomoh, pawang juga mantra pasti tidak dapat dipisahkan dari kehidupan mereka, terutamanya yang tinggal di desa dan segelintir yang mengamalkan ilmu hitam. Mantra: Serunya…Pengabadian Syaitan membawa penonton ke sebuah alam penuh misteri dan seram.

Meninjau dari satu aspek, Mantra, cuba merungkai permasalahan kuno yang wujud dalam diri individu. Sifat dendam, iri hati dan tamak haloba menjadikan satu pengerak kepada individu dalam menggunakan jalan salah bagi mencapai impian mereka.

Mantra, filem terbitan ke 38 dari studio produksi, Metrowealth, berjaya membawa penonton mengikuti liku-liku kehidupan Muzir (Zul Saphian) yang mempelajari ilmu hitam dan disamping itu dia telah dianiaya oleh Hasbi (Hasnul Rahmat). Atas kesalahan yang dilakukannya, menyebabkan Muzir telah dipenjarakan.

Naskah yang dihasilkan oleh Shariman Wahab ini sejujurnya merupakan sebuah karya yang agak berat. Namun, dengan sentuhan pengarah muda, Azahari Zain, Mantra mampu meresap ke dalam jiwa penonton dengan mudah. Penonton semestinya akan merasai ketakutan setiap babak yang dihasilkan cukup efisyen untuk memberi impak maksima. Tidak keterlaluan jika dikatakan, Mantra, sebuah filem seram untuk tahun 2010 yang bakal mengulangi sejarah kutipan box office seperti Jangan Pandang Belakang.

Bagi Zul Saphian juga Ana Dahlia, Mantra cukup menguji lakonan mereka. Masing-masing bekerja keras dalam memastikan watak yang dipegang akan berkesan di hati penonton. Buat Ella Sandera pula, usahanya dalam membuat kesan khas yang cukup realistik, diakui dengan penglibatannya di dalam Mantra.

Filem seram, adalah sebuah genre yang sentiasa diingini oleh segenap lapisan pelakon. Mantra memberikan kepuasan kepada mereka ini. Apakah rahsia yang mendorong penonton-penonton ke panggung? Mungkin, ada Mantra yang menyeru kepada pengabdian syaitan.

Saksikan Mantra: Serunya…Pengabdian Syaitan di pawagam berhampiran. Ianya akan ditayang bermula 15 Julai 2010.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

2 Responses to “Mantra Serunya Pengabdian Syaitan.”
  1. princeduyong says:

    boleh tahan cerita ni…

  2. velasrizal says:

    ganasnye muka hantu ni..

    Sandwich Dalam Tin ?

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!