Email MEOW Di [email protected]

Menikmati Juadah Terbaik Berbuka Puasa Di Ancasa Hotel, Dengan Harga Berpatutan.

August 14, 2010 by  

Dengan hampir 150 jenis juadah berbuka, Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur menawarkan dengan harga cukup munasabah iaitu RM 49+++ untuk dewasa dan RM 35+++ untuk kanak-kanak. Dengan harga ini, membuatkan bufet Ramadhan yang disediakan oleh Ancasa adalah antara yang termurah di Kuala Lumpur.

Pengunjung yang hadir, bakal menikmati juadah seperti ulam-ulaman, ikan masin, tauhu bakar, bergedil, ikan bilis kacang, pecal, telur ikan gorang kunyit, tomyan ayam, sup kambing, cucur udang, paru goreng dan banyak lagi, sebagai permulaan.

Menariknya, gerai-gerai yang menghidangkan juadah istimewa seperti, apam balik, kerang rebus, otak-otak, ikan bakar, asam laksa, mee bandung, roti canai dan banyak lagi, memberikan suasana ‘ala kampung’ yang pastinya mengimbau kenangan berbuka bersama kaum keluarga di rumah.

Selain itu, kambing panggang. ikan bakar portugis, sushi, ayam madu, acar, nasi kandar, nasi tomato dan banyak lagi, semestinya akan menawan selera setiap pegunjung yang hadir.

Untuk tempahan, sila hubingi 03-2026 6060 sambungan 7703 atau layari www.ancasa-hotel.com

Di Ancasa, dengan suasana cukup selesa serta chef-chef yang berpengalaman, berbuka puasa di situ, menjadi satu pengalaman yang pastinya tidak boleh dilupakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!