Email MEOW Di [email protected]

Natrah Kembali Memukau Penonton Di Istana Budaya

August 14, 2010 by  

Setahun telah berlalu dan kejayaan pementasan Teater Natrah masih disebut-sebut oleh orang ramai. Atas permintaan ramai dengan saranan dan restu YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), pementasan itu sendiri telah mencatat sejarah dengan mendapat jualan tiket terlaris sepanjang produksi Istana Budaya tahun 2009. Pementasan teater Natrah di bawah arahan Eirma Fatimah pada tahun lepas telah berjaya memukau hati penonton sehingga persembahan yang dijadualkan 10 hari terpaksa ditambah menjadikan 14 persembahan secara keseluruhannya.

Penjualan tiket amat memberangsangkan dengan jumlah kutipan jualan yang melebihi setengah juta ringgit Malaysia dan mempunyai jumlah audien seramai 15,664 orang. Rata-rata menyatakan pementasan ini telah membuahkan minat remaja terhadap seni pementasan teater tanahair.

Penceritaan mengisahkan sejarah hidup Natrah yang mengimbau segala kenangan yang penuh dengan tragedi, cinta dan air mata dapat dirasai dan berjaya memancing emosi penonton.

Keterujaan penonton dengan barisan pelakon-pelakon ternama telah menggamatkan suasana pentas Panggung Sari, Istana Budaya. Antara para pelakon yang telah menjayakan pementasan tersebut adalah Maya Karin, Remy Ishak, Sofea Jane, Umie Aida, Samantha Schubert dan ramai lagi pelakon yang banyak mendukung penceritaan teater ini.

Kenyataan-kenyataan media telah memberikan impak positif pada pementasan ini dengan jumlah keratan akhbar yang melebihi 150 artikel menyebabkan Istana Budaya tidak teragak-agak untuk mementaskannya semula bagi tahun 2010.

Adakah pementasan Teater Natrah musim ke-2 ini akan dibarisi para pelakon yang sama? Adakah pementasan ini mempunyai persamaan atau kesinambungan daripada Teater Natrah musim pertama? Bagi mendapat jawapan daripada persoalan-persoalan ini, sama-sama kita saksikan Teater Natrah musim ke-2 pada 25 November hingga 5 Disember 2010 di Panggung Sari, Istana Budaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!