Email MEOW Di [email protected]

‘Ngangkung’ Ketepikan ’2 Alam’ Untuk Slot Tayangan 18 November?

August 19, 2010 by  

18hb November, seumpama satu tarikh keramat buat industri filem tanahair. Ianya adalah tarikh yang menjadi kontroversi buat usahawan juga penerbit filem baru iaitu Dr Rozmey yang dijangka akan menayangkan filemnya ’2 Alam’ pada tarikh berkenaan. Namun, khabar yang diterima, ‘Ngangkung’ yang akan ditayang pada tarikh berkenaan.

Dengan tayangan ‘Ngangkung’ pada 18 November nanti, sekaligus menamatkan teka teki selama ini, filem mana yang akan ditayang pada tarikh berkenaan.

‘Ngangkung’ merupakan filem ke 42, terbitan Metrowealth (MIG) Production Sdn Bhd, dan dibintangi oleh Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak, Azad Jazmin, Putri Mardiana, Eira Syazira dan ramai lagi. Ianya mengisahkan mengenai bala yang menimpa ke atas mereka yang suka berjudi. Filem komedi seram ini mampu menarik penonton ke pawagam apabila ditayang nanti.

Terdahulu, filmn ‘Ngangkung’ telah memohon untuk mendapat tarikh tayangan pada 4 November, tetapi tidak berhasil apabila slot berkenaan telah diberikan kepada filem arahan Mamat Khalid, ESTET.

Bagi ’2 Alam’ pula, promosi untuk filem ini telah lama dijalankan. Bagi Dr Rozmey juga pasukan dR Movie Production Sdn Bhd, 18hb merupakan tarikh tayangan untuk filem ’2 Alam’ bagi tahun 2010 setelah beberapa kali ditunda. Penundaan berbula apabila ’2 Alam’ ingin diedarkan secara terus tanpa melalui Skim Wajib Tayang, namun usaha berkenaan tidak membuahkan hasil.

Kini, setelah 18hb Nov adalah tarikh untuk tayangan filem ‘Ngangkung,’ bila pula tiba masanya buat filem ’2 Alam,’ untuk ditayang? Ianya tetap menjadi teka teki.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!