Selebriti Popular Bela ‘Anak Ikan’?
January 6, 2012 by admin
Kalau diikutkan daripada sifat lantang selebriti bertaraf dunia ini, memang sukar untuk percaya dakwaan sumber ini. Apatah lagi, selebriti ini sering menjadi role model, terutamanya dari segi sikap kool’nya bersama orang ramai.
Kata sumber, pada mulanya dia hanya mendengar cerita mengenai selebriti ini yang dalam diam-diam membela seorang ‘anak ikan’ sebagai penghibur dikala kesunyian. Sebagai balasan, selebriti ini menghadiahkan sebuah Penthouse kawasan elit di tengah ibu kota buat ‘anak ikan’ kesayangannya. Bukan itu sahaja, selebriti ini sanggup membuka sebuah salun rambut khas untuk peneman hatinya.
Sumber pada mulanya enggan mempercayai cerita tersebut, sehinggalah, dia sendiri terserempak dengan selebriti itu ber’shopping sakan dengan ‘anak ikan’ tersebut.
Hafiz AF7, Adira AF8 Berpisah Demi Kebaikan Bersama
January 6, 2012 by admin
Tidak bergaduh mahu pun bermusuhan sebaliknya jelas juara Akademi Fantasia 7 (AF7), Hafiz AF7, hubungan cintanya bersama Adira AF8 telah pun berakhir secara baik.
Malah kata Hafiz AF7, merenggangkan hubungan antara mereka adalah jalan terbaik dilakukan demi kebaikan bersama.
“Kami tidak bergaduh mahu pun bermusuhan. Cuma antara kami memang sudah membawa haluan sendiri. Kami juga cuba merenggangkan hubungan antara kami untuk kebaikan masing-masing.
“Daripada berlarutan dan lebih banyak kesusahan dialami lebih baik jalan tersebut dipilih untuk kebaikan bersama,” jelasnya membuka bicara mengenai cintanya yang telah terlerai.
Video: Adi Fashla Dan Zahid Gandingan Baru Untuk Slot Petang Era FM
January 6, 2012 by admin
Kami mahu letakkan Akademi Fantasia (AF) di’belakang nama mereka namun sudah sampai masa’nya untuk berhenti beri gelaran nama dengan penghujung AF — program juga tidak akan di’sambung.
Semalam, kami bertuah kerana berpeluang ke konti tempat bersiaran Era FM untuk menjalankan sesi temubual dan fotografi bersama Adi Fashla & Zahid.
Mereka berdua merupakan gandingan terbaru yang di’perkenalkan Era FM untuk mengendalikan slot Petang ERA yang bersiaran setiap hari bermula jam 4 petang sehingga 8 malam.
Slot yang sempurna untuk anda dengarkan jika pulang dari kerja & tersangkut dalam kesesakan lalu lintas — mereka juga akan berikan update terkini dunia hiburan dalam & luar negara.
Filem “Prince Of The City” Lakonan Aaron Aziz, Punya Unsur 18SX!
January 6, 2012 by admin
Fuhhh! Tidak tahu samada mahu terkejut atau kagum ataupun kecewa, filem arahan Julian Cheah turut mempunyai unsur 18SX!
Tapi tidak keterlaluan kami katakan kerana filem ini adalah untuk pasaran antarabangsa dan tidak disasarkan kepada pasaran tempatan sahaja. Mungkin sebab itulah adanya adegan seksi pelakon wanita, Tara yang hanya memakai bikini sahaja di tepi pantai.
Filem arahan Julian Cheah ini membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Jehan Miskin dan juga hero pujaan ramai, Aaron Aziz. Apa yang menarik, pelakon Hollywood iaitu Michael Madsen yang popular dengan filem Donnie Brasco turut sama membintangi filem ini dan menyerikan lagi babak-babak aksi ‘Prince Of The City’.
David Beckham Lancar Koleksi Pakaian Dalam
January 5, 2012 by admin
Bintang bola sepak terkenal dunia, David Beckham mengorak langkah dengan melancarkan koleksi pakaian dalamnya sendiri hasil kolaborasi bersama H&M. Koleksi pakaian ini akan mula berada di pasaran pada 1 Februari ini dan boleh didapati di 1800 gedung H&M seluruh dunia.
Antara pakaian yang terdapat dalam koleksi ini adalah ‘brief’, ‘boxer’, T-shirt dan juga pakaian tidur yang semuanya dijual dengan harga yang berpatutan bermula daripada USD12.95 hingga USD29.95 sahaja.
Difahamkan Beckham akan melancarkan koleksi terbaru pada setiap musim bagi disesuaikan dengan keadaan cuaca dan keselesaan pemakai.






