Kalendar Festival KL 2011

by Chief Entertainment Officer on May 25, 2011

 

Penafian: Tarikh dan aktiviti adalah tertakluk kepada pindaan. Sila hubungi Urusetia Festival KL untuk maklumat terkini.

Anda juga boleh muat turun kalendar lengkap Festival KL 2011 dalam bentuk PDF di sini.
Baca Sampai Habis!

Kategori: KL Festival

| 0 komen

Faezah Elai bakal kahwin, rahsiakan bakal suami

by Chief Entertainment Officer on May 24, 2011

Faezah Elai yang baru muncul dalam filem CUN! memberitahu dia akan berkahwin di tepi pantai pada Disember ini tetapi mahu merahsiakan bakal suaminya.

 

“Saya berjanji saya akan memaklumkan bakal suami saya apabila kad jemputan perkahwinan saya sudah siap nanti,” katanya yang turut enggan mengesahkan sama ada lelaki berkenaan adakah individu yang dikaitkan dengannya selama ini ataupun tidak.

Mengenai kontroversi yang melandanya selama ini termasuklah tuduhan merampas rumah tangga orang lain, Faezah tidak mahu memikirkan perkara tersebut sebaliknya menyerahkan kepada orang ramai untuk membuat andaian.

Katanya, tidak semua orang tahu apa yang sudah berlaku melainkan dirinya sendiri.

“Orang nak kata apa pun, katalah. Depa (mereka) bukan tahu pun apa-apa pun. Saya dah telan semua benda yang orang dok kata pada saya selama ini,” ujarnya dalam loghat Utara.

Apa-apa pun tahniah diucapkan. Buat pengetahuan pembaca MEOW, lelaki yang dikaitkan dengan Faezah bernama Heykal Hanafiah.

 

Sumber berita: Harian Metro

Kategori: Berita Hiburan Tempatan

| 0 komen

Cinta Tiga Segi Liyana Jasmay-Fizz Fairuz-Almy Nadia?

by Chief Entertainment Officer on May 24, 2011

Hangat diperkatakan sekarang, tentang Fizz Fairuz dan Liyana Jasmay yang saling ‘tweet’ ayat-ayat cinta di Twitter sedangkan Almy Nadia baru saja menyatakan percintaan beliau dengan Fizz masih berjalan.

Inilah cakupan skrin ‘tweets’ yang menarik perhatian itu:

Klik untuk besarkan gambar

Ada juga yang meyatakan Fizz dan Liyana hanya bergurau, tapi yang pasti MEOW pasti Almy takkan ketawa membacanya.

MEOW: Kalau ini ‘publicity stunt’ ia nampaknya berjaya. :D

Sumber cakupan skrin: Forum Cari

Kategori: Gosip Hiburan

| 0 komen

Anak Bujang Datin Norjuma Bakal Kacak

by Chief Entertainment Officer on May 24, 2011

Inilah dia gambar terbaru anak bujang Datin Norjuma, bekas pengacara TV3 yang telah berkahwin dengan adik kepada Perdana Menteri kita. Beliau masih kecil tapi ada gaya bakal menjadi pemuda kacak suatu hari nanti. Tiada kejutan di sini memandangkan ibunya cantik dan bapanya segak.

Sumber Foto : FB Norjuma

Kategori: Gayahidup, Gosip Hiburan

| 0 komen

Lady Gaga Mangsa Buli

by Chief Entertainment Officer on May 22, 2011

Lady Gaga mungkin berada di puncak dunia sekarang, tetapi beliau mengaku sewaktu remaja beliau pernah dibuang ke dalam tong sampah oleh pelajar-pelajar sekolahnya.

“Pelajar lelaki mengangkat saya dan membuang saya ke dalam tong sampah. Pelajar-pelajar perempuan hanya melihat ketika mereka pulang dari sekolah berdekatan.”

Lady Gaga menyatakan ianya adalah sesuatu yang menyedihkan apabila mereka mengelilinginya dan mentertawakannya.

Apa pun Majalah Forbes telah memperakui Lady Gaga sebagai ‘antara selebriti wanita berpengaruh di dunia’ tahun ini, sebaris dengan Oprah Winfrey.

Kini gadis tong sampah itu sudah menakluk dunia. Take that, bullies!

Sumber berita: Hollyscoop


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori: Berita Hiburan Antarabangsa, Gosip Hiburan

| 0 komen

252 pages