Apa motif Rita Rudaini heret kisah lama Zaquan Adha dan gadis misteri Melly?
January 25, 2012 by admin
Rita Rudaini sekali lagi tampil mengeluarkan kenyataan di akhbar Metro Ahad semalam. Dalam kenyataannya, Rita mengheret Zaquan Adha dan gadis misteri bernama Melly yang pernah menggugurkan kandungan dipercayai hasil hubungan antara mereka berdua suatu ketika dulu.
Kami percaya, tindakan Rita yang sedang marah tambahan pula rumahtangganya bergolak yang katenye didalangi Zaquan dan isterinya, Ayu Raudhah telah membuatkannya tampil lagi memberi kenyataan akhbar. Namun, tindakan itu dirasakan tidak elok kerana mengaibkan dua insan secara tidak langsung kerana menceritakan sejarah lama.
Serina Chef Wan selamat lahirkan anak kedua
January 25, 2012 by admin
Pelakon, Serina Redzuawan selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Isabella kira-kira pukul tiga petang pada Isnin.
Menurut bapanya, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dalam satu entri menerusi Facebook miliknya memberitahu cucu keduanya itu dilahirkan secara normal dengan berat 3.3 kilogram.
“Alhamdulillah Serina telah selamat melahirkan Isabella dan kami sekeluarga sangat gembira dengan kehadirannya.
Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia
January 20, 2012 by admin
![]()
Penyanyi Izwan Pilus menghembuskan nafas terakhirnya pukul 6.15 petang tadi di Hospital Ampang. Maklumat tersebut disahkan oleh adiknya Aril sebentar tadi menerusi Twitter. Allahyarham dikatakan meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Penyanyi lagu Kembali Senyum itu lahir pada 24 November 1979. Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di kampung halamannya di Melaka.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
Gambar: Ally Iskandar & Farah Lee Bernikah Hari Ini Di Masjid Kristal, Terengganu
January 20, 2012 by admin
Hari yang di’nanti kini sudah pun tiba. Pernikahan pasangan yang banyak di’perkatakan ini bakal berlangsung seketika nanti.
Ally Iskandar dan Farah Lee kini berada di Masjid Kristal, Kuala Terengganu untuk majlis akad nikah mereka.
Kami akan cuba update‘kan butir terkini pernikahan mereka yang sememangnya menjadi tumpuan pihak media & peminat hiburan tempatan hari ini.
Gossip: Rita Rudaini Menerima Surat Permohonan Cerai Dari Suami, Aidil Zafuan?
January 19, 2012 by admin
Dan, drama pun kini menjadi lebih hangat dengan kenyataan terbaru Rita Rudaini kepada media.
Terima kasih kepada mStar Online yang sentiasa membawakan berita terkini tentang kemelut dalaman Rita Rudaini & Aidil Zafuan.
Hari ini, Rita Rudaini mengaku di media yang beliau baru sahaja menerima sepucuk surat daripada Aidil Zafuan yang kini berada di sebuah lokasi rahsia.





