Eh…eh? Meow dengar cerita tiada isu berbangkit mengenai hubungan antara Nora Danish, Jejai dan juga Fasha Sandha, jadi kenapa Nora Danish tidak dijemput ke majlis perkahwinan duda nya itu ya? Menurut Nora Danish, beliau tidak diundang selain tidak mendapat kad jemputan perkahwinan Jejai dan Fasha Sandha pada 27 April ini.
Tetapi Nora juga memberitahu pihak media bahawa beliau tidak akan berada di Malaysia pada tarikh keramat buat bekas suaminya itu.
Menurut Nora, dia akan berangkat ke Mekah bagi menunaikan umrah seperti yang dirancang. Bertindak untuk berbaik sangka, Nora Danish yang comel dalam watak Puteri ini berkata, mungkin pihak Jejai mengetahui bahawa Nora tidak akan berada di Malaysia pada tarikh tersebut, dan menyebabkan mereka tidak menghantar kad perkahwinan terbabit. Ayat macam ‘sesuatu’ je Nora…
Baca Sampai Habis!
MEOW rasa mungkin sekarang sedang musim artis merancang untuk menamatkan zaman ‘single’ mereka la, Awal Ashaari dengan Scha Alyahya, Liyana Jasmay pun sudah bertunang, begitu juga dengan si manis Irma Hasmi kita tu kan? Kini terbaru Akma (AF3) pula merancang untuk berkahwin pada hujung Jun ini.

Beliau yang pernah putus tunang dahulu, tidak mengambil masa terlalu panjang untuk mengikat tali perkahwinan dengan hubungan terbarunya ini. Dimulai dengan majlis merisik pada Mac lalu, dan bertunang pada 6 Mei, kini khabarnya mahu berkahwin pada hujun Jun 2012. Baguslah begitu, tidak melengah-lengahkan majlis bukan?
Hubungan Akma dengan tunangnya yang dikenali sebagai Farih mula terjalin semenjak lima tahun lepas dan mula menjadi akrab selepas menamatkan pengajian di Melbourne, Australia setahun yang lepas. Bukan calang-calang ya tunang Akma ni? Dengarnya Farih bekerja sebagai eksekutif di Petronas…waaa… teruja kami dengar. Baca Sampai Habis!
Terkenal dengan lagu Afterlife, kini kumpulan band tenama, Avanged Sevenfold akan membuat siri jelajahnya di Malaysia, yang dipersembahkan oleh Tune Talks dan dibawakan oleh JS Concert dalam kolaborasi bersama Fat Boys pada 29 April 2012, ye pada Ahad ini!

Bertempat di Surf Beach, Sunway Lagoon, kumpulan ini bakal menggegarkan Malaysia dengan lagu-lagu mereka seperti dalam album pada tahun 2005 City Of Evil yang mengandungi lagu as “Burn It Down”, “Bat Country,” “Beast and the Harlot” dan “Seize the Day” dan lagu terbaru mereka yang popular dalam kalangan pendengar di Malaysia, iaitu “Dear God” .
CEO Tune Talks, Jason Lo berkata : mereka mendapat permintaan daripada ramai pihak untuk kumpulan Avanged Sevenfold ke Malaysia kerana kelainan muzik rock yang mereka persembahkan. Beliau juga berkata, tiket percuma boleh ditebus melalui mata Tune Talks yang diperolehi. Baca Sampai Habis!
by kucingarong on April 25, 2012
Lagi cerita gosip skandal Zahida Rafik dan Dato’ Seri Shafie Afdal! Bermacam-macam tohmahan yang diterima oleh aktres jelita Zahida Rafik menerusi laman sosial Twitter milik beliau mengenai isu gosip Zahida Rafik skandal dengan Menteri Datuk Shafie Afdal.
Banyak komen ‘pedas’ yang diterima oleh Zahida Rafik di laman sosial Twitter dan sehingga mencemuh Zahida sebagai pelacur atasan!
Haishhh… you all’s yang buat cerita nie memang dapat ‘dosa kering’ jer sebab mmfitnah Zahida sebagai pelacur atasan dan sebagainya tanpa bukti yaa!
Tapi dalam pada masa yang sama, tak semua pengikut Twitter Zahida Rafik mencemuh dan memaki hamun beliau nie dan ada juga yang berfikiran lebih matang dan terbuka apabila memberi kata perangsang kepada Zahida untuk menempuh gosip skandal Zahida dengan Menteri nie. Baca Sampai Habis!
by kucingarong on April 25, 2012
Cinta yang pernah terputus di tengah jalan akhirnya berputik kembali? Ya, itulah kisah percintaan Fida dan Mamat Sepah yang sebelum ini mendapat perhatian apabila Mamat Sepah menyebarkan gambar peribadi Fida yang tidak memakai tudung di internet sebaik sahaja perhubungan mereka telah putus pada satu ketika dulu.
Tapi benar kata orang, kalau dah jodoh tak kan ke mana… Chewahhh! Tapi Alhamdullillah jika benar percintaan Fida dan Mamat kembali terjalin seperti yang dihebahkan baru-baru ini.
Menurut sumber, memang pendedahan Fida masih sayangkan Mamat diluahkan oleh Fida sendiri dan Mamat juga pun begitu. Kira masih sayang menyayang’lah nie kan?
Sebenarnya perhubungan percintaan Mamat Sepah dan Fida nie kembali bertaut selepas ditemukan semula di dalam rancangan ‘Apa Saja FBI’ dan di situlah permulaan semula rasa sayang kembali timbul.

Fida memberitahu yang dia tetap sayangkan Mamat sebagai kawan walaupun telah putus sebagai pasangan kekasih dan sudah lama memaafkan perbuatan Mamat yang lepas. Baca Sampai Habis!