Jantung kami berdegup kencang sewaktu menyaksikan Filem My Way di pawagam itu hari. Filem yang bakal ditayangkan pada 19 April 2012 ini nanti banyak menyajikan babak-babak yang menarik dan menakutkan.

Mungkin bagi mereka yang menganggap filem Korea dengan sesuatu yang romantik, kali ini nampaknya ia bakal mengubah persepsi anda. Aksi yang menyeramkan dan nampak real mampu membuatkan anda terjerit ketakutan dan mungkin kepuasan ketika menyaksikan filem ini. Baca Sampai Habis!

Kategori: Berita Hiburan Antarabangsa, Filem, Gambar, Rebiu

| 0 komen

Mesti ramai yang dah tahu tentang keakraban pelakon dan pengacara serta pelawak Enot dan Didie Alias sebelum ini. Hubungan mereka berdua bertambah erat apabila bersama-sama bergabung dalam satu rancangan terbitan Astro, Maharaja Lawak Mega di dalam kumpulan 3G bersama-sama Yassin.

Tapi apa yang menyedihkan ada setengah pihak mendakwa perhubungan erat seperti ibu dan anak yang turut diakui oleh Enot dan Didie Alias sendiri dikatakan renggang akibat daripada pergaduhan atau perselisihan faham.

Semua nie tak betul, sebab Enot dan Didie Alias telah mendedahkan kepada pihak media yang hubungan mereka masih akrab cuma tidak seakrab seperti sebelum ini. Semua nie bukanlah berpunca daripada pergaduhan atau pertelingkahan seperti spekulasi yang dikatakan setengah pihak. Baca Sampai Habis!

Kategori: Berita Hiburan Tempatan

| 0 komen

Gosip Tiga Artis Wanita Indonesia Murtad?

by kucingarong on April 4, 2012

Memang cukup sensitif isu murtad nie lebih-lebih lagi di kalangan artis-artis pulak tu. Menurut sumber, tiga selebriti Indonesia didakwa telah murtad atau keluar dari agama Islam!

Apakah punca sebenar mereka nie sampai nak keluar dari agama Islam? Masih jadi tanda tanya dan tiga artis Indonesia yang murtad ini ialah Pinkan Mambo yang popular dengan lagu ‘Kekasih Yang Tak Dianggap’. Dengar cerita si Pinkan dah dua kali menukar agama sebelum ini. Ikut suka dia jer nak tukar-tukar agama. Baca Sampai Habis!

Kategori: Gambar, Gosip Antarabangsa

| 2 komen

Bangga rasanya melihat anak tempatan yang berjaya macam pelakon yang tidak asing lagi, Ezany membuktikan produk ‘Ezany’ berjaya di dalam insdustri perniagaan.

Siapa sangka produk belacan dan kicap boleh membawa kejayaan besar kepada Ezany sehingga sanggup meninggalkan dunia hiburan semata-mata untuk fokus kepada perniagaannya.

Ezany bukanlah nak berhenti sekarang daripada dunia lakonan, beliau masih dalam perancangan dan mungkin akan memakan masa dalam 2 tahun. Cuma sekarang beliau kurang sikit untuk menerima tawaran untuk berlakon.

Ezany jugak aktif dalam dunia lakonan di Indonesia sejak tahun 2005 dan banyak jugak sinteron yang beliau dah lakonkan di dalam sinteron Indonesia nie. Memang bijak Ezany nie, sebab dalam mengaktifkan dirinya di Indonesia, ini memudahkan beliau untuk menembusi perniagaan produk beliau di negara jiran ini.

Menurut Ezany, kalau dia seorang yang menguruskan perniagaannya itu, memang tak menang tanganlah jawabnya dan nasib baik isterinya banyak membantu beliau dalam menguruskan perniagaan yang semakin hari semakin laris ini. Baca Sampai Habis!

Kategori: Berita Hiburan Tempatan

| 1 komen

Macam-macam dah sekarang nie, biasa kita dengar gosip liar akan ‘menghentam’ selebriti atau artis sahaja tetapi sekarang sesiapa sahaja kaum keluarga artis pun tidak lari daripada spekulasi yang hangat.

Demikianlah yang berlaku kepada suami penyanyi popular tanah air Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa atau Datuk K yang tertekan dengan spekulasi Datuk K telah mengahwini dengan pelakon jelita Rozita Che Wan yang juga dikaitakan dengan gosip akan berkahwin dengan seorang Datuk baru-baru ini.

Bagi Datuk Siti Nurhaliza, beliau bukanlah seorang yang cepat melatah dengan gosip yang dianggap sengaja untuk mengaibkan suaminya, malahan mendedahkan kepada pihak media yang suaminya sepanjang perkahwinan tidak pernah sangsi terhadap satu sama lain. Oh Sweet!

Yang menariknya, Siti Nurhaliza tidak pernah bertanyakan kepada suaminya mengenai gosip yang melanda Datuk K Berkahwin dengan Rozita Che Wan kerana Siti tahu yang semua ini hanyalah fitnah dan gosip yang hendak mengaibkan suaminya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori: Gosip Artis Tempatan

| 9 komen

252 pages