Siti Nurhaliza Lancar Produk Terbaru, Bakal Adakan Konsert Promosi Album Di Australia
January 18, 2012 by admin

Eh. Meriah pula dunia hiburan kita dengan kisah Dato’ Siti Nurhaliza sejak beberapa hari ini. Harapan kami anda tidak kisah.
Menurut satu e-mail rasmi yang kami terima dari SimplySiti petang tadi, Dato’ Siti Nurhaliza bakal memperkenalkan barisan produk kecantikan baru di’bawah jenama SimplySiti tidak lama lagi.
Mengambil nama Dermagic (yang mungkin gabungan dermatologi + magic), barisan produk baru ini mengandungi Plant Endorphin yang akan membantu kulit anda tidak tertekan & membantu anda untuk lebih gembira. Hmm.
Mungkin kerana kami ini lelaki maka pemahaman kami terhadap istilah dari dunia kosmetik ini agak kurang dan mungin sampai masa’nya untuk kami memiliki penulis perempuan. Siapa mahu?
Azwan Ali Kena Tindakan Gam Oleh Astro Kerana Celupar & Telefon Bimbit Dirampas?
January 18, 2012 by admin

Ah siapa yang tidak kenal akan si Azwan Ali yang kini semakin laser tidak pernah bertempat.
Jika tidak di’kaca televisyen, beliau akan luahkan perasaan tidak puas hati beliau yang tidak pernah habis ini ke laman Twitter.
Dahulu Azwan Ali memiliki blog dengan tulisan yang hampir tidak mampu kami baca, tetapi selepas beberapa isu, Twitter menjadi platform rasmi beliau.
Khabar terbaru yang masih belum di’sahkan oleh pihak yang terbabit mengatakan Astro telah pun mengambil tindakan gam terhadap Azwan Ali kerana kenyataan beliau yang berbaur sinis dan celupar yang di’tujukan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad baru baru ini.
Gambar: Aksi Ala Lesbian Lisa Surihani Bersama Nora Danish Kembali Jadi Perhatian
January 17, 2012 by admin

Gambar yang anda lihat ini adalah satu set gambar lama yang keluar sekitar Julai 2011 yang lalu.
Ketika itu, beberapa keping foto terebar menunjukkan yang Lisa Surihani bersama Nora Danish beraksi ala lesbian dan timbulkan sedikit kontroversi.
Hari ini, beberapa blog tempatan kembali memetik gambar Lisa Surihani & Nora Danish ini tetapi sudah sedia maklum yang gambar tersebut hanya satu gurauan.
Kami dengan mood sedikit rajin tampilkan gambar ini dengan versi meme Now Kiss! — dan kalau anda tidak tahu apa itu meme, anda belum cukup tegar sebagai pelayar internet.
Lagi beberapa keping aksi Lisa Surihani & Nora Danish sebagai teman rapat selepas ini. Jangan timbulkan apa apa fitnah, they’re just having some fun. Heh.
Saya Serik, Dia Tak Ikhlas – Amanda Imani
“Saya serik untuk bercinta dengan seorang yang tak jujur. Saya tak kata dia ‘playboy’, tapi dia tak ikhlas.” Begitulah luahan penyanyi, Amanda Imani tatkala diajukan soalan mengenai hubungan cintanya dengan anggota kumpulan Sleeq, Syarif, yang sudah berakhir bulan lalu.
Amanda sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan mengenai hubungan cintanya dengan penyanyi kelahiran Singapura itu namun Syarif atau nama sebenarnya Syarifullah Ahmad menafikan perkara tersebut dan mendakwa mereka hanya sekadar berkawan rapat.
Mengukuhkan lagi kenyataannya, Syarif telah melangsungkan pertunangan dengan wanita lain sekaligus menyebabkan Amanda Imani menanggung malu dan dituduh sebagai perampas. Tetap dengan pendiriannya, pelantun lagu, Selamilah Cinta ini mengaku dia berada di pihak yang benar dan menafikan dia sengaja mengada-adakan cerita untuk meraih publisiti.
“Saya kecewa dengan dia. Cara dia kendalikan perkara ini tidak matang. Saya nak bersihkan nama saya dan tak mahu peminat cakap bukan-bukan tentang saya. Ya, kami memang bercinta, walaupun hanya enam bulan saja. Saya ada bukti mesej mesra dia yang menulis ‘darling’, ‘baby’, ‘sweetheart’, ‘miss you’ dan sebagainya. Apa yang saya cakap kat media sebelum ini tak menipu atau sengaja nak keluarkan cerita itu,” ujar Amanda dengan nada kesal.
“Saya pun tak tahu dia dah ada teman wanita sehinggalah wanita itu mesej saya di Facebook. Tak apalah, benda ini pun dah berlalu. Semua itu dah tak penting untuk diri saya. Saya pun dah tak cakap dengan dia lagi dah. Apa yang buat saya gembira sekarang ialah kerjaya saya. Saya anggap ini semua pengajaran buat diri saya dan saya belajar dari kesilapan.”
Kredit tanpa prejudis untuk gua.com.my
Video: Shila Amzah Nyanyikan Single Terbaru ‘Sedar’ & Jejaka Misteri Bernama Harris
January 17, 2012 by admin
Dan, Shila Amzah kembali lagi dengan sebuah lagu baru dan sekali lagi ini merupakan sebuah lagu ciptaan sepenuhnya oleh empunya suara.
Lagu bertajuk Sedar merupakan single kedua Shila Amzah yang bakal di’lancarkan sepenuhnya sekitar Mac 2012 — menurut maklumat terakhir yang di’terima.
Walaupun dalam video di’bawah Shila Amzah membawakan lagu ini dalam versi akustik, Sedar ini merupakan sebuah lagu dengan rentak rancak pada asalnya.



