by kucingarong on March 15, 2012
by kucingarong on March 15, 2012
by kucingarong on March 15, 2012
Siapa tak kenal dengan Masterchef Malaysia pertama, Dr Ezani yang mempunyai wajah ayu dengan fesyen tudungnya yang tersendiri.
Dr Ezani Farhana Md Monoto memberitahu panggilan ‘chef selebriti’ kepada beliau oleh peminat program realiti masakan itu telah membuat dirinya serba salah.
Apa salahnya, memang kena dengan panggilan tu kalau dilihat dari wajah rupa Ezani memang boleh dilabelkan sebagai selebriti’kan?
Ezani yang baru berusia 26 tahun ini memang meminati masakan dan secara kebetulan beliau boleh pergi jauh dalam program realiti tersebut sehingga ditabalkan sebagai juara Masterchef Malaysia yang pertama.
Ezani telah memenangi wang tunai sebanyak RM100,000 daripada program realiti tersebut dan memberitahu wang tersebut akan digunakan untuk masa hadapan.
Tahniah Dr Ezani daripada kami, lepas nie cuba try berlakon pulak, manalah tahu kalau dah rezeki… Hehehe…
by kucingarong on March 14, 2012
Ingat lagi tak isu Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra dengan panggilan Ogy Ahmad Daud nak saman Johan Raja Lawak tahun lepas?
Gara-gara keceluparan mulut Johan semasa mengendalikan mengendalikan Festival Filem Malaysia 24 (FFM24) bersama Ogy yang berlangsung pada November 2011.
Masa tu, Ogy mendakwa akan menyaman Johan atas alasan si Johan nie mempersendakan Ogy, arwah ibu bapanya dan tahun kelahiran Nabi Muhammad.
Baguslah kalau Ogy tak jadi nak menyaman Johan nie. Lagipun esok lusa nak bekerjsama balik kan?
Baru-baru nie, Johan memberitahu akan berubah dari segi percakapan, al maklumlah takut terlepas cakap lagi, tak pasal-pasal timbul pulak isu saman menyaman nie balik.
Oh ya, di Hard Rock Cafe tadi, Ogy telah memperkenalkan protege’nya untuk program Mentor musim keenam. Siapalah agakanya protege Ogy Ahmad Daud nie kan? Sama-sama kita nantikan Mentor Musim Ke Enam yang bakal berlangsung tidak lama lagi di TV3.
by kucingarong on March 14, 2012

Tengok tajuk filem pun dah tersenyum, apatah lagi kalau menonton Filem Jedin Sengal nie kan? Bila kita lihat pulak pelakon-pelakon yang memang kita dah sedia maklum tahap lawak mereka nie, mesti filem Jedin Sengal nie antara filem komedi yang terbaik untuk tahun 2012.
Siapa yang tak kenal Angah Raja Lawak dan Along Raja Lawak dengan lawak mereka yang memang ‘sengal’. Hahaha… Cerita yang mengisahkan pelakon ekstra menjadi Superstar ini akan menemui penonton pada 22 Mac ini dan jangan lupa bawa satu keluarga menonton filem komedi Jidin Sengal nie.
Sebelum tu, apa kata kita layan dulu Video Trailer Jidin Sengal dan Sinopsis cerita nie. Nanti mudah sikit kita nak faham jalan cerita dia kan… Baca Sampai Habis!