Gambar: Awal Ashaari & Scha Al Yahya Sebagai Penghias EH! Edisi Februari 2012
January 17, 2012 by admin
Agak lama kami tidak paparkan penghias muka hadapan majalah yang menarik dan kali ini sekali lagi EH! memenuhi ruang.
Memang kena pemilihan Scha al Yahya dan Awal Ashaari sebagai penghias kulit EH! kali ini kerana pasangan ini sedang dalam radar peminat hiburan tempatan.
Bukan kerana apa, cuma Scha al Yahya & Awal Ashaari sudah pun mengumumkan yang mereka akan berkahwin sekitar 2012 namun belum menetapkan tarikh.
Tiz Zaqyah tayang kaki kena gigitan nyamuk
January 16, 2012 by admin

Haha! Ini pun boleh jadi topik tau… Apelah kami ni. Kami saje je ingin mengusik Tiz Zaqyah yang comel. Mane taknye, gambar ni dimuat naik tak sampai 5 minit sebelum Tiz membuangnya kerana terdapat anasir yang mengutuk kakinya yang berbintik dan tidak menutup aurat. Haha! Maka apabila gambar itu telah dibuang, ini membuatkan gambar ini menjadi SUPER RARE (itupun kalau Tiz tak upload balik).
Ape pun buat Tiz, kami mohon ampun. Kami juge ingin mengutuk jantanss-jantanss bajek gojes yang membebel pasal kaki Tiz ni. Yela dorang tak paham, Tiz tayang tu sebab nak tunjuk kat we’ols yang kaki Tiz berbintik jew kannzz. Gambar betis berbintik after the jump. Huhu.
Gambar: Farah Asyikin Dan Lelaki Misteri Atas Katil Punca Penceraian Hattan?
January 15, 2012 by admin
Oh ada gossip baru berlegar di sebalik penceraian Hattan dan ini bukan calang calang gossip.
Semua orang tertanya tanya akan punca sebenar penceraian Hattan & Farah Asyikin yang perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama 2 bulan.
Hattan sehingga ke hari ini masih tidak mengeluarkan apa apa kenyataan kepada media namun peminat sendiri nampaknya jumpa beberapa gossip menarik.
Seorang penggiat forum hiburan terkenal, Cari kongsikan sebuah blog yang di’dakwa milik Farah Asyikin namun kini sudah di’godam oleh mereka yang tidak berpuas hati terhadap beliau & suami, Hattan. Dan, individu yang tidak dapat di’pastikan identiti ini telah mendedahkan beberapa masalah pasangan suami isteri yang bernikah pada November 2011 lalu.
Rita Rudaini Sedih, Suami Keluar Rumah
Keadaan rumah tangga pelakon Rita Rudaini Mokhtar,36, dengan suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak,25, kembali menjadi tegang apabila bintang bola sepak itu telah meninggalkan rumah mereka di Damansara di sini sejak seminggu lalu.
Menurut Rita, kejadian itu berlaku sewaktu dia bersama dua anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin,3, dan Airit Rafqa Arjuna yang berusia sembilan bulan pulang ke kampung di Kangar, Perlis.
“Semasa di kampung, saya menerima mesej daripada Aidil yang menyatakan dia mahu keluar rumah. Sebagai isteri, saya tidak boleh berbuat apa-apa jika itu kehendaknya,” kata Rita sewaktu ditemui mStar Online di rumahnya di Sunway Damansara di sini.
Menurutnya, sewaktu tiba di Kuala Lumpur pada 10 Januari lalu, dia mendapati pakaian, kereta dan motosikal Aidil sudah tiada.
Ditanya adakah apa-apa perbalahan sebelum peristiwa itu, Rita memberitahu dia ada menegur sikap Aidil yang tidak bercakap benar mengenai satu majlis ulang tahun kelahiran ibunya, Azizah Arshad,59, yang diadakan di Seremban, Negeri Sembilan.
Kata Rita, dia agak berkecil hati kerana Aidil menyembunyikan majlis itu dan tidak mengajaknya untuk turut serta tetapi masalah tersebut dapat di selesaikan apabila dia membuat keputusan untuk tidak memanjangkan hal berkenaan.
Jelas Rita, dia menjadi bertambah terkejut apabila diberitahu oleh pembantu rumah mereka yang melihat Aidil bersama pasangan suami isteri iaitu Zaquan Adha yang juga kembarnya dan pelakon Ayu Raudhah terlibat membantu Aidil membawa dia keluar daripada kediaman tersebut.
“Saya terkejut kenapa ada orang lain sanggup mencampuri urusan rumah tangga saya dengan membantu “membawa lari” Aidil daripada rumahnya sendiri? Mereka sepatutnya memberi nasihat yang baik kepada Aidil dan bukan menghasut dia meninggalkan rumah yang menempatkan isteri dan anak-anaknya,” jelas Rita yang begitu sedih dengan kejadian tersebut.
Sehingga berita ini disiarkan Ahad, Rita sendiri tidak mengetahui di manakah Aidil tinggal tetapi ada menerima pesanan daripadanya yang bertanyakan tentang anak.
Kata Rita, dia buntu dengan masalah yang berlaku dan menyerahkan kepada Allah untuk memberi petunjuk selepas mengadu hal berkenaan kepada ibu dan bapa Aidil.
“Hubungan saya dengan ibu dan bapa mertua saya tiada masalah. Saya ada menghubungi mereka untuk menceritakan hal ini,” katanya.
Sebelum ini Rita dan birasnya, Zaquan telah “berperang” menerusi laman Twitter masing-masing apabila kedua-duanya berbalas kenyataan yang mempertikaikan sikap di antara satu sama lain.
Zaquan menyindir Rita yang tidak pernah berusaha untuk pulang ke Seremban bagi menjenguk mertuanya sendiri.
Manakala Rita pula mengatakan Zaquan bersikap keterlaluan yang bertujuan untuk memalukannya.
Rita memberitahu, perbalahan menerusi Twitter berkeesaan berpunca apabila Zaquan memberi komen yang menyakiti hatinya ketika dia berbalas pesanan dengan peminat berhubung kehidupan berumah tangga dan juga hubungan dengan mertua.
“Saya memberi nasihat secara umum mengenai mertua kepada peminat saya tetapi secara tiba-tiba Zaquan menyampuk menerusi laman Twitternya dengan menyindir saya. Pada hal, ia tiada kena mengena langsung dengannya,” kata Rita.
Jelasnya lagi, jika Zaquan tidak berpuas hati degannya, dia tidak perlu menyindir menerusi Twitter berkenaan sebaliknya boleh berhubung terus dengannya menerusi telefon.
“Kerana geram dengan sikapnya, saya terpaksa mengambil keputusan menulis beberapa perkara yang bertujuan untuk melindungi diri saya dalam Twitter miliki saya itu,” ujar Rita.
Scha & Awal Terpaksa Batal Perkahwinan Kerana Yusry & Lisa
January 13, 2012 by admin
Sekarang ini Awal dan Scha terpaksa mencari lagi tarikh yang paling sesuai dan besar kemungkinan memilih pertengahan tahun untuk melangsungkan perkahwinan mereka. Kalau tidak bulan Mei, bulan Jun atau bulan Julai nanti.
“Apapun majlis kami yang kami rancang pernikahan pada 23hb Februari dan resepsi pada 25hb Februari terpaksa kami tunda. Kami hanya mampu merancang tetapi dengan ketentuan Allah kerana tarikh majlis kami sama pula dengan tarikh majlis pernikahan Lisa dan Yusry yang juga pada 23 Februari. Hubungan kami dengan Lisa dan Yusry memang rapat. Pada mulanya, Lisa ingin simpan rahsia mengenai tarikh majlis perkahwinannya tapi bila saya beritahu tarikh majlis perkahwinan saya dan Scha, barulah dia beritahu tarikh pernikahannya itu pada 24 Februari nanti. Kalau boleh, kami tidak mahu majlis perkahwinan kami sama dengan tarikh rakan artis lain. Pada masa sama, ibu saya dan Scha pula sakit dan tidak sesuai kami buat majlis kahwin pula.” – Awal





