Ajai tidak melatah gambar mesra bersama kekasih gelap
Pada hari Ahad yang lepas, wartawan Zubir telah mengeluarkan satu artikel mengenai seorang komposer yang bergambar dengan kekasih gelapnya. Walaupun gambarnya dikaburkan, peminat seolah dapat meneka siapa komposer tersebut dan tidak lain tidak bukan, Ajai melalui rekod buruknya yang agak kasanova.
Namun, Ajai tidak melatah mengenai perkara ini. Dia berkata tiada sebab untuk dia melenting kerana gambar tersebut tidak menunjukkan dia sedang bercium dan berbogel ataupun ditangkap khalwat. Berani sungguh statement komposer ini. Isteri Ajai, Liza juga tidak kisah dengan penyebaran gambar ini kerana dia mengenali siapa suaminya itu.
Hattan Sah Bercerai Talak Satu
January 13, 2012 by admin
Penyanyi yang popular dengan lagu Bisa Bonar, Hattan dan isterinya, Farah Asyikin Othman disahkan bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah pada Khamis.
Akhbar Sinar Harian melaporkan, Hattan, 48, melafazkan cerai terhadap Farah di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli sekitar pukul 11.30 pagi.
Penyanyi berkenaan hadir bersama pasangannya untuk menfailkan perceraian dan memohon dibicarakan pada hari sama.
Akhbar itu turut melaporkan, penceraian itu berlangsung dengan baik dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.
Tahniah ! Watie (Elite) & Joey Nikah Dalam Diam
Ketika orang tertanya-tanya sejauh manakah hubungan pelakon Norwati Sadali (Watie Elite), 35, dengan Zulkifli Daud (Joey), 38, pasangan tersebut rupa-rupanya dilaporkan sudah berumah tangga dalam diam.
mStar Online dimaklumkan mereka telah bernikah dalam satu majlis ringkas yang dihadiri oleh keluarga terdekat masing-masing pada hujung tahun lalu.
Watie yang dihubungi bagaimanapun enggan menyatakan secara jelas status perkahwinannya tetapi tidak menafikan atau mengiakan tentang hal tersebut.
“Saya tidak boleh mengiakan atau menafikan tentang status hubungan saya dan Joey. Mungkin kami akan membuat satu sidang media khas pada bulan depan berkaitan hal itu.
Lisa Surihani Dan Yusry Jalani Pemeriksaan HIV Di Putrajaya?
January 13, 2012 by admin
Gambar ini dikirimkan pada OHBULAN! melalui Twitter oleh @haziqkiddo.
Menurut pengirim, gambar ini diambil di sebuah klinik di Putrajaya, namun tidak dapat dipastikan dimanakah lokasi sebenarnya. Kemungkinan besar kedua-dua selebriti yang sedang hangat bercinta ini dan akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi sedang menunggu giliran untuk pemeriksaan HIV.
OHBULAN! difahamkan gambar ini diambil pada hari Jumaat lepas. Yusry kelihatan sempoi memakai t-shirt polo berwarna kelabu manakala Lisa pula bersahaja memakai baju biru dan membiarkan rambutnya terlepas. Apa-apa pun, kami berharap agar perkahwinan kedua bagi Yusry dan pertama bagi Lisa ini akan berjalan lancar.
Video: Percubaan Stand-Up Comedy Pertama Daphne Iking, Boleh Tahan Dan NSFW
January 12, 2012 by admin
Dan sebenarnya yang terakhir jika berpandukan penerangan yang menemani video ini di Vimeo.
Daphne Iking selama ini kita kenal hanya pandai mengacara & bukan sesuatu yang janggal jika dengar lawak jenaka dari mulut beliau.
Tetapi, dalam video yang bakal anda saksikan di’bawah, Daphne Iking boleh tahan juga bakatnya dalam stand-up comedy yang sehingga ke hari ini masih di’anggap baru oleh khalayak.
Menurut kenyataan ringkas beliau, Daphne Iking menulis yang diri beliau di’pujuk hebat oleh Harith Iskandar yang sememangnya sudah lama berkecimpung dalam arena stand-up comedy ini dan bukan satu perkara mudah sebenarnya untuk menjadi seorang yang kelakar di’atas pentas.






