Gaun Khoon Hooi Tumit Tinggi Neelofa
January 10, 2012 by admin
Tinggal sehari saja lagi untuk meratapi keanggunan majlis resepsi gemerlapan mutiara ala Sepanyol penyanyi popular Ezlynn dan pasangannya, Adam Fahmi yang akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, malam esok.
Bakal menggayakan dua persalinan indah rekaan pereka fesyen tempatan, Ezlynn cukup bertuah kerana akan turut dihiasi dengan barangan kemas mutiara bernilai jutaan ringgit daripada Rafflesia Pearl Centre sebagai penaja rasmi majlis resepsinya itu.
Portal murai.com.my, tidak ketinggalan merakamkan detik istimewa di sebalik persiapan kedua-dua bakal Raja Sehari berkenaan ketika sesi fitting di butik mewah pereka fesyen terkenal Khoon Hooi di pusat beli-belah mewah Starhill Gallery, di sini, semalam.
Khoon Hooi telah berbesar hati berkongsi rasa dan rahsia disebalik keistimewaan gaun pengantin rona valvet menggoda yang bakal disarungkan Ezlynn sebagai persalinan keduanya pada majlis penuh bahagia itu.
Jay-Z Cipta Lagu Khas Untuk Ivy Blue Carter, Bangga Dengan Anak Pertama
January 10, 2012 by admin
Kelahiran bayi pertama pasangan Jay-Z dan Beyonce masih menjadi topik perbualan hangat di’dunia hiburan Hollywood sana.
Dan, seperti mereka, kami juga sebenarnya keliru dengan nama sebenar anak pertama pasangan ini — sama ada Ivy Blue Carter atau Blue Ivy Carter.
Yang penting, kedua dua nama itu cukup cantik untuk di’sebut dan di’dengar di’telinga kami.
Hari ini, Jay-Z lancarkan sebuah lagu khas buat Ivy Blue Carter yang berjudul Glory dan lebih menarik, lagu yang seperti di’edarkan percuma ini turut memuatkan suara pertama bayi mereka untuk pendengaran umum. Masih, sehingga hari ini tiada gambar Ivy Blue Carter yang kelihatan di’mana mana publikasi Hollywood.
Foto : Johan As’ari Tayang Dada. Lelaki Idaman Malaya?
January 10, 2012 by admin
Majalah By’u memaparkan pelakon Juvana, Johan As’ari sebagai cover bagi edisi Januari 2012. Antara highlight yang dipertontonkan dalam majalah ini adalah sisi berani Johan mengayakan baju v-shape hingga ke paras abdomen, sekaligus mendedahkan bahagian dadanya. Sama ada anda terliur atau menjelik, itu terpulang kepada anda.
Sejak dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Izreen Azminda, nampaknya Johan As’ari makin berhati-hati mengaturkan langkahnya. Setakat ini, tiada pula kedengaran gosip-gosip liar mengenainya. Harap kekal begitulah.
Peminat Johan boleh dapatkan majalah ini dengan harga RM4.90 melalui toko-toko buku berdekatan. Oh ya, Johan ni tergolong dalam kategori kasanova atau lelaki idaman Malaya? Cuba kongsi sedikit.
Walaupun Sakit, Aaron Tetap Pergi Ke Set Penggambaran
January 10, 2012 by admin
![]()
Sebentar tadi, aktor popular, Aaron Aziz melalui laman Twitternya memberitahu sudah dibenarkan keluar dari hospital. Aaron dimasukkan ke hospital semalam akibat mengalami kecederaan di bahagian bawah tulang belakang ketika menjalani penggambaran filem KL Gangster 2.
Pelakon kelahiran Singapura ini cedera sewaktu melakukan babak pelanggaran kereta di kawasan parkir, Abdullah Hukum. Walaupun belum pulih sepenuhnya, Aaron tetap gigih dan komited untuk menyambung semula penggambarannya yang merupakan hari terakhir pada hari ini.
Gambar: Sekitar Persembahan Artis Di Road Show Anugerah Juara Lagu Ke 26
January 10, 2012 by admin

Kalau anda belum tahu, hujung minggu nan lalu, pihak TV3 dan rombongan artis juga media telah ke selatan tanah air untuk satu road show khas buat rakyat jelata Johor Bahru, Johor.
Kami bertuah kerana dapat sertai rombongan ini kerana semua yang turut serta memang cool habis dan juga jadual program yang menyeronokkan. Eceh.
Antara artis artis yang hadir memeriahkan road show AJL 26 ini ialahAizat, Projek Pistol, Alyah, Ning Baizura, Shila Amzah, Jaclyn Victor, Hafiz& undangan khas Hazama juga kumpulan 90′an Ilusi.
Berani kami katakan hampir 15,000 peminat muzik Malaysia yang hadir ke Plaza Angsana petang itu terhibur dengan persembahan barisan artis yang ada. Jika mahukan lebih, jangan lupa Anugerah Juara Lagu ke 26 pada 29 Januari ini di TV3. Barisan gambar selepas ini. Enjoice!




