Email MEOW Di [email protected]

Paramore Mengegarkan Kuala Lumpur, Oktober Ini.

August 30, 2010 by  

Peminat kumpulan rock dari Amerika Syarikat di Malaysia juga serantau, bakal menyaksikan mereka beraksi di konsert ‘Paramore Live In Kuala Lumpur 2010′ yang diadakan pada 19 Oktober, bertempat di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

‘Paramore Live In Kuala Lumpur 2010,’ dibawakan oleh Tune Talk, perkhidmatan talian mudah alih yang paling cepat berkembang di negara ini. Tune Tones (sebelum ini dikenali sebagai Tune Entertainment), anak syarikat kepada Kumpulan Tune Group, menjadi penganjur bersama, manakala agen tiket rasmi ialah AirAsiaRedTix.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Tune Talk, Jason Lo berkata, “Kami amat teruja dalam membawa Paramore, bukan sahaja untuk peminat di Malaysia, bahkan di rantau ini, yang datang melalui Kuala Lumpur menerusi AirAsia juga rangkaian menyeluruh AirAsia X. Tune Talk menyokong usaha dalam membantu bakat muzik, tempatan juga antarabangsa. Dengan ‘Paramore Live In Kuala Lumpur 2010,’ kami berharap ianya dapat memberi inspirasi muzik kepada orang ramai.

Berasal dari Franklin, Tennessee, Paramore telah dicalonkan untuk Anugerah Grammy pada 2008, untuk kategori ‘Best New Artist,’ melalui album mereka yang dihasilkan pada 2007.

Album ‘RIOT!’ Telah dijual sebanyak 2 juta salinan seluruh dunia.

Album terbaru Paramore, ‘Brand New Eyes,’ diterbitkan bersama dengan kumpulan juga Rob Cavello (Green Day, My Chemical Romance) yang juga menghasilkan “Decode” untuk album platinum berkembar buat runut bunyi ‘Twilight.’ Album ini juga menunjukkan kepelbagaian persembahan, antaranya dalam rentak racak seperti ‘Ignorance’ juga balada seperti ‘Misguided Ghosts.’

Tiket untuk ‘Paramore Live in Kuala Lumpur 2010’ adalah RM358 untuk kategori bebas ‘Rock Zone’ dan RM268, RM168 & RM98 sekeping untuk tempat duduk bebas. Pembeli awal bakal menerima diskaun 10 peratus, bermula 1 hingga 15 September 2010. Pintu stadium akan dibuka bermula 7 petang pada hari konsert dan persembahan bermula pada 8.30 malam. Untuk maklumat, layari: www.rockthisjoint.com.my.

Tiket juga boleh didapati secara dalam talian AirAsia RedTix, dengan melayari www.airasiaredtix.com, juga TicketPro (www.ticketpro.com.my), selain di kaunter tiket di Rock Corner juga cawangan TicketPro.

Paramore dianggotai Hayley Williams (vokal), Josh Farro (gitaris), Jeremy Davis (basis), Zac Farro (drum) dan Taylor York (gitar irama). Untuk maklumat berkaitan Paramore, layari www.paramore.net.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

One Response to “Paramore Mengegarkan Kuala Lumpur, Oktober Ini.”

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!