Paris Hilton Ditahan Kerana Kokain Di Las Vegas, Malam Tadi.
August 28, 2010 by admin

Paris Hilton telah ditahan kerana memiliki dadah jenis kokain setelah anggota polis menahan kereta yang dinaikinya, di Las Vegas, Jumaat malam.
Menurut pegawai maklumat awam, Marcus Martin berkata, Hilton telah ditahan di pusat tahanan daerah Clark, pada awal pagi Sabtu, atas tuduhan memiliki kokain.
Dia berkata, Hilton ditahan ketika berada di dalam kereta yang dipandu oleh rakannya oleh polis yang membuat rondaan. Penahanan itu dilakukan apabila kelihatan asap, disyaki marijuana, keluar dari kenderaan terbabit.
Martin juga berkata, ketika penahanan dilakukan, pegawai polis terbabit menemui bahan terkawal pada Hilton dan ujian dilakukan menunjukkan ianya kokain. Namun, diakui, jumlah ditemui masih belum diketahui.
Polis Las Vegas, Leftenan Wayne Holman berkata, Hilton masih dalam tahanan sekitar 2 pagi. Dia juga berkata, Hilton kemungkinan dibebaskan kemudian, pada hari Sabtu.
AP

