Pembetulan: Thomas, Pemain Bass GIGI Tidak Terlibat Kemalangan.
September 4, 2010 by admin
Pembetulan.
Dari artikel sebelum ini bertajuk “Thomas, Pemain Bass Kumpulan GIGI, Meninggal Dunia” adalah satu kesilapan dari sumber dan penterjemahan maklumat.
Kami dari meow.my, memohon maaf di atas kesalahan maklumat yang berlaku.
Kejadian kemalangan tersebut, telah meragut nyawa Puput, iaitu kru bass GIGI. Kemalangan itu melibatkan 2 kru yang lain juga seorang pemandu, telah berlaku di km 86, tol Cipulakang.
Kami sekali lagi memohon maaf kepada pengurusan GIGI, Thomas, GIGI juga peminat-peminat kumpulan ini.
Penyiaran artikel berkenaan, menunjukkan rasa prihatin kami kepada kumpulan GIGI.

