Program Merakyatkan Filem: FINAS perlu peka keselesaan penonton

April 22, 2011 oleh  

MEOW memang suka menonton filem Melayu, apatah lagi filem-filem seram 80-an yang kini semakin sukar untuk ditonton kerana ia seolah-olah tidak dibenarkan untuk siaran di media elektronik tempatan.

Jadi MEOW adalah antara yang teruja untuk menonton filem seram ‘Perjanjian Syaitan’ yang diterbitkan pada tahun 1981 dan diarahkan oleh sutradara S. Sudarmaji.

Ingatan MEOW terhadap filem ini agak kabur. Masa zaman kanak-kanak dulu, MEOW rasa ia adalah filem Melayu paling seram pernah MEOW tonton. Jadi apabila Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS )mengumumkan akan membuat tayangan filem ini di Panggung Colosseum, Jalan Raja Laut, pada 26 Mac lepas; MEOW adalah antara yang tidak ketinggalan mahu menontonnya.

Walau bagaimanapun, menonton filem tersebut hari itu, MEOW rasa pengalaman banyak dicacatkan oleh keadaan Panggung Colosseum sendiri. Sama ada pihak FINAS sedar atau tidak, panggung tersebut berada dalam keadaan uzur di mana sebilangan tempat duduknya ada yang telah koyak, dan bau yang kurang menyenangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!