Email MEOW Di [email protected]

Razali Hussain Nafi Hubungan Cinta Dengan Misha Omar

July 14, 2010 by  

Kisah hubungan di antara Razali Hussain dan Misha Omar, menjadi bualan orang ramai. Ini terutamanya apabila selesai menonton teater Uda dan Dara yang memperlihatkan kemesraan dan keintiman dua insan ini, di atas pentas mahupun ketika di luar.

Dengan kemesraan yang dijalin, ada pihak beranggapan yang mereka berdua sedang dilamun cinta. Namun, bila hal ini ditanya kepada Razali Hussain sendiri, dia menafikannya.

“Teater bukan seperti drama, ada ketikanya boleh ‘cut’ jika ada kesilapan. Teater memerlukan tumpuan dan penghayatan penuh dalam menjiwai watak itu,” jelas Razali lagi.

“Atas sebab itu, saya selaku Uda dan Misha selaku Dara, memerlukan satu jalinan perasan yang kuat bagi menyakinkan penonton. Inilah yang saya lakukan, walaupun ketika bukan di atas pentas,” tambahnya lagi.

Bila ditanya samada dia sudah berpunya, Razali berkata, “Saya masih bujang…”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

3 Responses to “Razali Hussain Nafi Hubungan Cinta Dengan Misha Omar”
  1. missizah says:

    memang la bujang sebab xkawin lg.. ahahaha

  2. xazryx says:

    hahah .x heran la dia dok nafi .dulu pon bnyk artis dok nafi gak .last2 da kawen .adoi .

  3. Amir says:

    I dont blame Misha ler. Kalau i pun akan terpesona dengan ketampanan Zali tu. Kalau la aku dapat…..

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!