Email MEOW Di [email protected]

Rezeki DJ Radio Disekat?

July 5, 2010 by  

Rupa-rupanya, persaingan hebat bukan sahaja berlaku di antara pasukan dalam Piala Dunia yang sedang berlangsung di Afrika Selatan, tetapi juga melibatkan persaingan dalam mencari rezeki di antara penyampai-penyampai radio di sini.

Terbaru, ada terdengar mengenai DJ radio popular yang dulunya berkhidmat di stesen radio popular. Setelah beberapa lama di sana, DJ yang juga seorang usahawan ini telah berubah angin, memilih stesen radio yang lain. Apa yang sedihnya, ada pula yang dengki dengan rezeki DJ tersebut.

Ceritanya ialah, bila menjadi DJ ni, mesti ada  orang lain yang ingin menggunakan khidmat mereka untuk acara-acara di luar. Tapi, khabar diterima, bekas bos DJ di stesen popular dahulu, dikatakan menggunakan rakan-rakan karibnya untuk menyekat peluang dari luar.

Kalau macam inilah perangainya, susahlah untuk DJ tersebut mencari makan. Bukannya apa, masing-masing ada rezeki, kenapa perlu menjadi batu penghalang.

Buat DJ radio berkenaan, bersabarlah. Dan buat bekas bos DJ berkenaan, biarlah rezeki orang, tidak perlu dihalang. InsyaAllah, rezeki anda juga ada.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!